Selamat bercuti orang Wilayah.

Ozil bawa balik markah peperiksaan sekolah KAFA.

Alhamdulillah setakat ni semua paper memberansangkan.  Masa ammi go through papers dia ammi perasan kalau tulisan dia mana yang ada "ha" dibelakang semua jadi macam orang tengah berenang kuak dada.

Tinggi betul imaginasi mak korang ni.  Ahaksss


Ke sebab tinggi sangat perginya tu.



Ada iras aksi orang berenang kuak dada ni?

Bangga juga bila anak-anak boleh menulis jawi dengan baik.  Ammi dulu tak belajar sekolah agama lepas balik sekolah sebab rasanya masa zaman Ammi di N. Sembilan belum ada KAFA/SRA.  Sebab ingat sepupu di Selangor semua ada tapi kami di Seremban tak ada.

Walaupun ammi tak belajar kelas agama tapi ammi bolehlah juga menulis jawi tapi tulisan taklah secantik tulisan anak-anak.  Sempatlah ambil ujian jawi untuk kemasukan ke sekolah agama.  Ustazah bagi borang, ammi buat semua soalan.  Dan dapatlah ammi tawaran ke sekolah agama di Astana Raja dekat belah-belah Kota tu.  Sekali arwah aca tak bagi pergi.  "Too far girl, how am I going to see you".  

Dan ammi pun menangis, merajuk jalan hentak-hentak kaki, pastu tak keluar makan.  Begitulah ammi dengan arwah aca...ammi di ITM pun kitorang boleh demam ok.  Demam rindu.  Ingatkan ammi je demam, aca pun demam sama.  Kelakarlah dendam rindu kitorang ni.