Assalamualaikum, selamat pagi Jumaat. Harini ammi bersiaran dari office. Selalunya hari Jumaat ammi santai-santai je kat rumah tapi harini boss ammi sibuk dengan urusan ibu ayahnya di hospital. Semoga cepat sihat Uncle & Aunty.
**************************************
Dah jadi suami orang dah si Tom Hanks ammi ni. Masa dia belajar kat MRSM Tun Ghafar Baba dulu, hampir setiap minggu arwah atok datang jenguk dia naik motor dari rumah. Seronok bukan main lagi atok bila cucunya dapat masuk sekolah yang dekat dengan rumah. Dapat pass-pass makanan kat pagar pun atok dah lega dah.
Ehhh patah baliklah ke gambar sebelum keluar dari homestay. Entah berapa puluh gambar diri sendiri dia snap. Baju yang dia pakai tu baju raya ammi tahun 2005. Beli warna ni sebab abah pakai je balik baju masa nikah tu dan baju nikah abah pun masih ada lagi. Pakai buat gi masjid.
Masa ammi pakai baju ni dulu, kain siap lipat 2-3 kali sebab labuh. Sampai ke dia kena turunkan sebab senteng.
Tema keluarga pengantin lelaki...nude.
Ahaaa...barulah rasa berdiri sama tinggi dengan abah & Kyra.
Masa ni rasa nak termuntah ammi sebab tak selesa pulak rasanya tudung tu. Gitulah bila kau selalu pakai syria tetiba gatal nak melilit tudung. Terus rasa terjerut.
Yang no. 6 (suami ammi) mana ntah dia. MakNgah memang masih mengungguli carta baju tak ikut tema. Memang perangai anak no. 2 ye makngah...jangan disuruh-suruh.
Yang lain-lain tak dapat bersama sebab ada yang anaknya keguguran, ada yang berkursus, bertugas, tak dapat cuti.
Lastlah sebelum masuk kereta masing-masing. Yang sebelah ammi ni memang 10 shoot semua tak nampak rupa dia. Tak reti duduk diam anak bongsu ammi ni. Memang dari kecik asal berdiri je mesti melompat. Ammi tak tau lah dalam kelas dia ni melompat juga ke tidak.
Bulan 4 masa raya nanti, insyaallah kita beresepsi disebelah pengantin lelaki pulak di Melaka.
12 Comments
Tahniah buat anak buah Ammi & pasangannya 🌷
ReplyDeletePH pun x reti pakai shawl, tetap setia selamanya dgn bawal :)
seronok buat malam...sejuk je....
ReplyDeletehahaha..sukati mak ngah lah nak pakai kaler apa...
raya tahun nie pun, kitorg plan nk recycle baju nikah je...
seronoknya...kadang suka je baju2 ikut tema pengantin...tapi biasa la mesti ada sorang dua ikut kepala
ReplyDeletecantik warna sedondong begini.. kami buat majlis caca marba sekali kalernya.. tapi cantikjerk.. warna warni.. :D.. hihihi..
ReplyDeleteMRSM TGB tu sekolah budak2 pandai tu. Seronok atuk ya....rindu cucu je start motor sebab dekat ya.....panggil Tom Hanks?. Ada iras2 jugak tu. Hehe
ReplyDeletecantik je ammi pakai shawl belit2,nampak lain berseri
ReplyDeleteMeriah betul majlisnya. Haa senang gitu boleh pakai semula je baju Ammi. Jimat! Mak Ngah sempoiii..tak ikut tema pun takpe. Hihi...
ReplyDeletemeriah bila kumpul ramai2 mcm ni kan..
ReplyDeletebarakallahulakuma utk mempelai
ReplyDeleteseronoknyaaaa dapat kumpul ramai2 mcm ni
wow ....baju 2005..dah dekat 20 tahun..semakin lama semakin tinggi nilai sentimentalnya
ReplyDeletemeriah bunga kt pelamin...selamat pengantin baru utk mempelai
ReplyDeleteSukaaa dengan dekor pelaminan. 👍. Hahahah anak bongsu kak ammi masuk dalam fase tak nak difoto yaa 😄..biasalah tu anak lelaki 🤣
ReplyDelete