Makan di Dak Lin Celup Tepung Pantai Siring

Kami ke Johor Bahru dari hari Khamis malam sebab anak buah ammi nikah.

Hari nak balik tu (Ahad) kitorang gerak dalam pukul 9 lebih sebab nak berhenti cari makan.  Ammi nak mee bandung.

Kakak ipar ammi suggest kedai di Pantai Siring sebab katanya sedap mee bandung kat situ.  Beriya ammi sarapan sikit je pagi tu walaupun ada juadah laksa johor dirumah kakak ipar.  

First time juga dengar nama pantai ni.  Rupanya ada perkampungan nelayan tempatan dan ada jeti nelayan yang menawarkan perkhidmatan bot untuk aktiviti memancing di laut.  Disebabkan ammi sampai kawasan ni sekitar jam 12 lebih jadi terik matahari tu memang tak boleh dibawa berunding.  Jadi tak adalah nak turun dari kereta bergambar bagai.


Kena order di dalam, bayar dan nanti dorang akan hantar diluar.  Tempat duduk memang semua diluar.  Dibawah pokok-pokok.

Disebabkan ammi sampai awal, makanya ammi tak dapatlah nak merasa mee bandung. Sesi mee bandung bermula jam 2 petang ke atas.  Sebelum jam 2 dorang jual lauk-pauk makan tengahari.  Tapi ammi taknak makan nasi. Ahhhh lama lagi nak tunggu ke pukul 2.

Mungkin kena datang lain kali ke sini.

Jadi kami orderlah semangkuk mee kari, set celup tepung dan sepinggan nasi lemak (untuk Ozil sipenggemar nasi lemak).  Tak kira masa, kalau nampak ada nasi lemak mmg dia akan order nasi lemak.


Penuh mangkuk.  Ini dah nampak susut sebab dah makan beberapa suap baru teringat nak ambil gambar.


Ada ikan kembung, udang, sotong.  RM45.00.

Lain kali kalau balik Melaka nak terjah sini lagilah.  Kita pergi belah petang-petang.  Mana tau sempat tengok matahari terbenam.  Kurang sikit panasnya kan.


Dak Lin Celup Tepung
Lot1403, Jln Pantai Siring, 
77300 Merlimau, Melaka

Post a Comment

11 Comments

  1. wahh menarik tmpt ni. boleh lah MZ tanda, in case nak gi melaka boleh singgah

    ReplyDelete
  2. Sedap tu celup tepung, sayangnya tak ada rezeki nak makan Mee Bandung. Baru tahu Ammi dtg JB.

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan celup tepung...sedap ni makan kat tepi pantai.
    Baru tau juga adanya Pantai Siring ni di Melaka.

    ReplyDelete
  4. sedap sungguh nampak ikan celup tepung tu

    ReplyDelete
  5. nama kedai dak lin....org melaka sangat heheh

    ReplyDelete
  6. nampak menarik...x nak ajak akak sekali ke pi explore sini..hahahaha

    ReplyDelete
  7. Alamak...tiba-tiba teringin nak celup tepung jugak ni ammi....

    ReplyDelete
  8. ammi...dah kawen ngan org melaka tak pernah dgr Pantai Siring ke???nie syurga makanan laut katanye, pagi2 murah2 je hasil laut...tp tulah, linda pun tak pernah pergi...mcm jauh pulak nak sampai dari sg udang tu...hahaha..baik lah p kuala sg baru je

    ReplyDelete
  9. wahhhhhh sedapnyaaaa goreng tepunggg!

    ReplyDelete
  10. Eh kedai dia dah bertukar ke agaknya ye. Sebelum ni macam rupa kedai dia betul betul tepi pantai siring tu. Masa pergi Pantai siring tak ada rezeki nak menjamu selera seafood celup tepung sebab tutup. Nanti nanti kena datang lagilah nampaknya.

    ReplyDelete
  11. Aisssh saya ingat2 dulu tempatnya . Kalo ke Melaka lagi boleh coba makan sini 😍😍. Udang tepungnya pun nampak menggoda. Sayang tak bisa coba mee bandung

    Anak kakak sama dengan anak bungsu saya. Kalo dah lihat nasi lemak, tutup mata dengan yg lain 🤣. Pasti nasi lemak yg dia coba

    ReplyDelete