Cuti sekolah tapi anak-anak tetap kena bangun pagi sebab tidak ada istilah cuti untuk solat. Memang kesianlah bila kita kejutkan anak awal pagi untuk solat Subuh tapi kalau kita tak buat sapa pulak nak kejutkan anak kita?
Kalau ammi yang kejut lambat je budak-budak ni nak gerak. Kalau abah yang kejut, sekali je, zasssss laju je dorang bangun. Ehhhh select ye korang. Orang tak kata syurga bawah tapak kaki bapak tau.
Biasanya pagi sebelum azan ammi dah keluar rumah, jadi abah memang akan angkut 3-3 bujang ni sekali ikut hantar ammi ke Terminal pastu dorang terus je ke Masjid Negeri. Kalau tak angkut risau-risau jadi subuh gajah je budak-budak ni kat rumah nanti.
Ok ke dorang ke surau atau masjid pagi-pagi? Tak meragam?
Memang tak oklah. Memang akan moody waima Khilfi yang dah nak masuk 14 tahun ni pun. Tapi yang tak biasa tu kalau dibiasakan insyaallah akan jadi biasa nanti. Abah kata biasanya lepas solat abah sambung mengaji sikit, dorang ni ambik juga Al-Quran tapi kejap tu tengok terbongkang masing-masing kat dalam masjid tu.
Ozil kalau dia mengomel-ngomel depan pintu rumah masa nak keluar tu ammi akan cakap "nak jadi tentera Al-Qassam, wajib solat subuh berjemaah di masjid" sebab dia selalu je sebut nak jadi tentera Al-Qassam. Bila sebut camni, daripada dia keras-keras gerak badan tu terus nampak lembut sikit.
Insyaallah anak-anak, yang menyakitkan itulah ubatnya.
Yang pahit hari ini insyaallah akan manis kemudian harinya.
9 Comments
Alhamdulillah..lama-lama nanti biasalah. Boleh geng subuh macam Jumaat ni.
ReplyDeleteinsya-Allah...
ReplyDeleteitu lah yg anak2 rindukan nanti sembahyang berjemaah ke masjid...
My boys everyday i kena kejut..pg2 i bersuara 'tarzanita'😂😂😂
ReplyDeletehaha..adui gelak baca ayat ammi 'Orang tak kata syurga bawah tapak kaki bapak tau'..haha..budak2 ni dgn ayahnya takut extra sikit..dengar suara pun dah seram..mak ni walaupun suara dah macam singa, takut sikit je..haha...
ReplyDeletebukan mudah kan kite nk kejutkan anak-anak.. kalau jenis melawan ya Allah... stressnya rasa..
ReplyDeleteSaya memang selalu kejutkan anak2 juga, tapi selalunya mereka sholat di rumah. Sebenarnya mesjid tak jauh, tapi tuhlah, papinya sendiri selalu sholat di rumah, kecuali saat di kantor baru di mesjid kantor
ReplyDeleteMemang saya harus tekankan dia lagi untuk paksa anak2 ke mesjid
Ibu yg hebat..!
ReplyDeletemula mula memang payah
ReplyDeletetapi insya allah
lama lama akan terbiasa...
btw kalau cuti sekolah diorg msk tidur pukul berapa?
Alhamdulilah Ammi....ini cara yang terbaik akak rasa....
ReplyDelete