Ammi ni perasan, ammi lebih suka makan ayam berbanding ikan atau daging.

Selalunya budak-budak yang suka ayam...ni orang tua pun sama.  Setiap hari lauk ayam pun takat ni masih boleh lagi.  Tiada komplen.

Tapi lamalah pulak tak makan ayam goreng sejak-sejak kita boikot jenama yang popular itu.

Haritu masa adik beradik berkumpul dirumah ammi, ammi ada buat ayam goreng crispy.  Tapi tak sempat merasa pun.  Nampak nau sedapnya ahaksss.  Mintak abah belikan ayam goreng Muiz pun ammi dapat rasa sikit je.  Bila ada anak-anak kat rumah, biasalah tu mak ayah mesti mengalah dengan anak.

Jadi kat office haritu, berusahalah ammi order dari Grab awal-awal.  Lapar pun ye jugak.  Order A&W 2pcs Aroma Spicy Chicken harganya cuma RM11.90 (sekali masa nak bayar ehhh ada "small order fee" pulak).  Alaaa walaupun extra chargenya cuma RM2 tapi macam...tak kuasalah nak sedekah amount tu kat awak.  Kita tambah jelah order.

Ahakssss...dah alang-alang order yang tak menyihatkan kita lanjutkan terus ketidaksihatan itu.


Haaa...makanlah kau sorang-sorang 2 ketul ayam tu tanpa gangguan.  Petang balik kerja kita gigih tak order grab, kita jalan kaki je ke bus stop.

Jawapan pada soalan di tajuk.... SEDAP ditekak saya.  Cuma gravy mashed potato agak manis.