Dari ammi kecil sebenarnya ammi memang dah terbiasa dengan hukuman...bila sebut hukuman eh macam kejamlah pulak. Emmmm dendalah lebih "manja" sikit bunyinya.
Bila anak-anak buat silap, arwah mama memang lajulah bab-bab merotan ni tapi arwah aca lebih kepada denda. "Take this book and read it loud at that corner"...sambil tunjuk bucu yang senang aca nak nampak dari tempat duduknya. Kena berdiri pandang dinding, baca je kuat-kuat jangan gedik nak pandang kiri kanan.
Ataupun denda paling biasa, berdiri sebelah kaki. Sebabnya....kaki ni gatal gi tendang adik-beradik yang lain.
Kalau mulut ni laju je sebut benda tak elok macam "ba*i, b*d*h, bahasakan diri aku kau dengan adik beradik dan sebagainya hukumannya aca patahkan cili padi zassss kat bibir. Pijar tak pijar belakang kira.
Dan ammi buat benda yang sama pada anak-anak, tapi dah tak hadap dindinglah. Korang gi duduk je kat bucu jangan nak berbunyi.
Khilfi masa umurnya 4-5 tahun kot... ammi pun lupa apa dia buat. Suruh dia berdiri tepi bucu tapi dia ni penakut to the max masa kecik, jadi kamu duduk je tepi dapur tu. Dah serupa juon dah ammi tengok.
Kyra pun pernah kena tapi hilang pulak gambarnya. Kesalahannya adalah dia keluarkan beras dari tempat beras pastu dia taburkan kat dalam almari. Masa tu dia dalam 2 tahun lebih ..dia duduk kat tepi bucu dapur tapi setiap seminit dia jongol kepala dan tanya "dah duduk ke ammi?... "dah main adik ke ammi?.. hahahah nak marah tapi apsal comel sangat awak tu?
Dia tanya dah boleh duduk ke? Dah boleh main dengan adik dia ke...hahahah.
Ammi rasa masih wajar tapi lain ibu ayah lain cara mendidik anak. Terpulanglah pada masing-masing. Anak-anak ammi semua dah pernah merasa hukuman berdiri kat tepi bucu sebab ammi follow je apa yang aca buat because I think this is much better than I unnecessarily beat my kids.
Sekarang bila dah besar, caranya rampas phone, rampas remote tv. You wanna show me your attitude???? Let me show you mine! Ha gitu.
8 Comments
ldy, xpernah denda.. tp sebelum berlaku ape2 mulut ldy akn bising.. sebab ldy sentiasa bersama dgn anak..
ReplyDeleteAnak-anak ni kecik2 kena lentur dan hukum ikut kesesuaian. Bukan yang ibu ayah zaman dulu ada sampai pukul dengan tali pinggang....yg ni akak tak ikut. Tapi yang tak boleh memang tak boleh. Kalau dah besar2 macam mana nak ikut cakap kalau kecik2 kita tak ajar mereka....ajar ni maksud akak tegur mana yang boleh, mana yang salah....
ReplyDeleteHukuman yang dikenakan kena ikut kesesuaian anak2 kita juga. Takde satu hukuman yang sesuai untuk semua....
ikut kesesuaian anak2...tp if anak buat salah memang kena ada cara utk tegur...err MZ jenis cara bebel2 jugak laaa sbb nak bagi mesej benda tu salah dan should not be repeated
ReplyDeleteBucu dinding juga yang jadi mangsa. hihi...lain ibu bapa dan keluarga, lain caranya kan.
ReplyDeleteNaaaah itu kak, sekarang ini hukuman anak2 sudah lebih membatasi ke barang2 milik mereka. Saya tak pernah hukum anak2 secara fisik macam pukul, cubit atau suruh berdiri di corner.
ReplyDeleteTapi saya lebih memilih ambil gadget mereka, uang saku mereka atau membatasi jam main gadget. Itu LBH efektif untuk anak sekarang. Karena mereka lebih kuatir tak bisa pakai gadget daripada di suruh hukum berdiri.
Pernah 1x saja anak pertama saya hukum kurung di kamar tidur, saat usia dia 1 tahun . Tau dia apa buat? Malah menangis sekencang2nya, tapi saat saya buka pintu, dia tersenyum dan tak ada basah air mata sedikitpun 😤.
Dahlaah, memang tak bisa hukuman begitu ke mereka 🤣
Comel je kena denda kat bucu dinding.Pastinya denda bucu dinding tu kerana mak ayah tak rela anak menangis dibucu katil kemudian hari
ReplyDeleteTakda anak... tp parents dulu x pernah juga hukum mcm nie.. slalunya pukul hahaha...Biasalah budak2 dulu saja tahan dipukul... kalau zaman mak pukul anak mmg dah kena report... bagi sy denda ikut kesesuaian umur anak... apapun ikut masing2 mcm mana mau didik anak..
ReplyDeletesaya tahu fasal hukuman ni
ReplyDeletemelalui video yg dikongsi farah lee
dia buat kat maryam masa tu...
yang tak faham/tahu komen mcm2
bila dah tahu kelebihannya
sy rs mmg wajar ibu bapa praktikkan...
sbb disiplin anak2 semuanya bermula dari rumah