Yeh Yeh Dah Kahwin!

Khamis lepas balik dari kerja sampai Seremban sekitar jam 6 petang, siap-siap sebelum Maghrib kami dah keluar rumah menuju ke Johor Bahru.  Kami duduk di homestay di Bandar Dato' Onn.

Esok awal pagi kitorang dah berkumpul di rumah kakak ipar.  Sarapan dulu sebelum kita semua gerak ke Kulai.


Bersama KakNgah yang tak tau warna tema... pastu dalam family group ada sorang adik ipar cakap "makngah baju warna lain, makngah tinggal!!!!" ahhaha


Kami yang tak lengkap.

Adib anak buah ammi (anak kaklang yang ke-2) bakal bernikah dengan pilihan hatinya.  Kesiannya juga kat si Adib ni...selagi belum salam tok kadi selagi tulah dia rasa nak buang air besar, nak buang air kecil, berkali-kali bukak samping pakai samping.  Gemuruh agaknya.


Bersama dengan abang sulung arwah mak.  Kita panggil dia ayah Kluang sebabnya ayah duduk kat Kluang.  Gitu.  Sampai harini lepas 20 tahun nikah ammi taktau apa nama sebenar ayah Kluang ni. Hahaha..


The "dulangers"... nak panggil dulang girls and boys..tiba-tiba terselit pulak nenek sorang, makcik 2 orang kat sebelah pengantin.

Tema nikah untuk pihak lelaki kita pilih royal blue sebab nak recycle balik baju masa abang sulung si Adib punya reception.  Tapi baju royal blue ammi, ammi pulak risau nak pakai bila pakai baju tu perut tu macam say hello tak sudah-sudah.  Abah punya baju melayu royal blue pun baik punya kena cucuh rokok...tak ada royal abah berbaby blue pun bolehlah.  Bukan abah pun yang nak nikah pun kan.


Anak buah sorang, gigih paksunya pegang handphone gitu.  Cuba anak buah ramai sok...


Tudung inilah ammi kehulu kehilir.  Itulah ke office, itulah bejalan, itulah juga bawak ke majlis orang.  Lantaklah Ammi ooooiii.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, sahlah Adib bergelar suami buat Nur Fathiah.  Dan hilang juga rasa nak buang air besar, air kecil semua.  


Kami sekeluarga.  Dari belah kakak ipar & biras.


Kakak ipar bersama besan dan abang sulung pengantin perempuan.  


Keluarga pengantin lelaki


Ok tang ni kelakar.  Si abang sulung beriya lap peluh kat muka adiknya, lepas dah lap tu dia cakap "abang lap muka pakai tisu lap muntah Umar tadi"...kau rasaaaaa.

Selesai majlis nikah dan makan-makan sederhana dirumah pengantin perempuan dan memandangkan haritu hari Jumaat makanya sebelum jam 12.00 kami dah bersurai.

Belah perempuan sajikan kami dengan nasi ambeng dan ada karipap sardin yang super sedap.  

Post a Comment

11 Comments

  1. Alhamdulillah, selamat semuanya..

    semoga bahagia hingga ke Syurga Firdausi.. ameeennnn

    ReplyDelete
  2. Lama plak x pi majlis akad nikah ni...suka dengar usik mengusik

    ReplyDelete
  3. bab tudung tu sama la kita ammi..selesa sedap pakai itu la yg diulang2 pakai tak kira majlis apa pun..kadang tu waled tegur inikan tudung pergi pasar bini dia pakai gi kerja haha

    ReplyDelete
  4. oklah ammi...penjimat namanya...pakai tudung sama je...xd pembaziran di situ...
    tahniah pengantin, semoga bahgia selalu

    ReplyDelete
  5. Adoiii.. tisu lap muntah dia kata 🤣🤣🤣

    Selamat pengantin baru buat Adib & Nur Fathiah. Jauh jugak tu Ammi stay kat BDO nak ke Kulai.

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru buat Adib & Nur Fathiah. Tahniah. selamat melayari bahtera perkahwinan...

    ReplyDelete
  7. Gabra betul pengantin. Yelah, lelaki memang berdebar lah. Pengantin perempuan je boleh rileks. Hihi...
    Selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin baru, semoga terus bahagia sampai syurga. Aamiin...
    Yang abang pun kemain menyakat lagi ek.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...selamat pengantin baru..moga kekal bahagia hingga ke jannah .. aamiin

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah
    tahniah buat adib dan fathiah!

    ReplyDelete
  10. Sukaa sukaaaa dengan warna royal blue ini 😍😍😍😍. Memang outstanding terlihat di foto. Warnanya hidup sangat 👍.

    Meriaaah acaranya ya kak. Alhamdulillah lancar semuanya 😄. Gelak juga baca yg Abang jokes Kat adiknya ttg tissue itu 🤣

    ReplyDelete