Anak-anak ammi ni especially yang no. 1 dan no. 2 selalu suka menyorok dalam gambar.  Tau tak dorang ni bahawa setiap kali cikgu upload gambar ammi dorang ni akan zoom in zoom out kecik besar kecik besar cari bayang anak-anak?  Ingatkan ammi je rupanya abah pun sama je dalam senyap.  Sapa tak sayang dan rindukan anak-anakkan?

Minggu lepas, memandangkan dah habis UASA jadi Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah buat aktiviti untuk anak-anak Tingkatan 1.


Kem Sungai Rambai ni dekat je dari sekolah dia.  Ammi ni beriya cakap dengan dia nanti baju masuk dalam bag tarik, bawak ini bawak itu.  Bawak socks dan spenda lebih sikit.

Tapi, lepas dia habis kem.  Dia call ammi baru ammi tau yang dia cuma bawak bag sekolah je pergi.  Begitulah anak-anak lelaki.  Apa dia kisah.



Selepas zoom in and out berpuluh gambar..jumpalah satu gambar yang kita nampak bayang anak kita dari belakang.


Tak nampak muka tapi nampak jam biru dia tu.


Ok...yang ni luluslah juga...nampak muka, nampak jam biru.


Walaupun kamu tunduk begitu, ammi tetap kenal anak ammi.


haha...satu-satunya gambar muka dia terpaling hadapan.

Ini jelah daripada beratus-ratus gambar yang cikgu share dalam group telegram yang ada muka si bujang ireng ni.

Bila tanya "why sooooo hard to see you in most of the photos?".  Jawapannya menyampah betul dengar "coz I'm special and orang special memang low profile".  Hekkkk.