55 kembalilah menghampiriku

Jumaat seperti kebiasaannya ammi work from home.  Pagi ni boss ada sesi pengurusan kes secara online...jadi masih tak ada keperluan untuk ammi ke pejabat.  

Disebabkan kerja dari rumah, awal pagi ammi ajak anak-anak bujang teman ammi briskwalk sekitar kawasan rumah.  Kyra taknak ikut...its ok.  Kita biar dia healing dengan cara dia dulu.  

Bila dah bawak anak bujang bawah umur ni dorang lebih excited nak main di taman.  Ikut sukalah...dorang bereksperimen dengan peralatan senaman yang ada kat taman dan ammi teruslah jalan berapa puluh pusingan ntah kat taman yang cenonet ni.  Naik pening kepala sebab pusingannya kecik dan ktia doklah berpusing.


Bolehlah tu daripada duduk melunjur kaki dalam rumah.  Tapi ammi terasa berat sangat badan ni nak berjalan.  Rasa macam dah lama bergerak tapi jaraknya dekat je.  

Berat terkini...61kg.  Sekitar bulan November 2023 haritu berat ammi dah capai 56++kg...tapi lepas doctor suruh ammi stop IF sebab ammi ada tanda-tanda gerd, terus sarapan pagi macam nak pergi menoreh.  Masalah bila dah bersarapan pagi adalah...ammi lagi cepat lapar menjelang lunch hour.  Bila tak bersarapan pagi ammi ok je tak rasa lapar.  Minum shake aja dah memadai.

So, sekarang ni ammi mulakan berIF semula.  Pandai-pandailah kawal caffeine intake tu Sharmila.

#roadto55 masih diteruskan walaupun dari sehari ke sehari angka semakin menjauh dari 55.  

Post a Comment

11 Comments

  1. MZ pun 60+ ni😭😭😭😁😁😁nak control carbo dan sugar time rmdn nanti insya Allah

    ReplyDelete
  2. MZ pun 60+ ni😭😭😭😁😁😁nak control carbo dan sugar time rmdn nanti insya Allah

    ReplyDelete
  3. Dah mcm linda je.. Road ke 55 dah makan tahun nie... Tak dpt2 pun.. Kikiki

    ReplyDelete
  4. Moga kembali tercapai, moga sihat2 selalu!

    ReplyDelete
  5. bole tu road to 55...tklama lg dh nk puasa kan

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau kita pun dapat wfh seminggu sekali.

    ReplyDelete
  7. sama la wei... aku pun naik balik dah ni...bulan puasa ni la nak mula balik control mana2 yg patut

    ReplyDelete
  8. Semoga berjaya Ammi. Pasti boleh punya 55 tu.

    ReplyDelete
  9. boleh tu capai bln ramadan mggu dpn chaiyok!💪

    ReplyDelete
  10. Tetap semangaaat kak 🤗😊. Insyaallah bisa, yg penting memang niat kuat , rutin workout dan jaga pola makan. Apalagi usia kita dah kepala 4, metabolisme dah makin lambat. Jadi tak ada cara lain selain workout rutin.

    ReplyDelete