Jumaat seperti kebiasaannya ammi work from home.  Pagi ni boss ada sesi pengurusan kes secara online...jadi masih tak ada keperluan untuk ammi ke pejabat.  

Disebabkan kerja dari rumah, awal pagi ammi ajak anak-anak bujang teman ammi briskwalk sekitar kawasan rumah.  Kyra taknak ikut...its ok.  Kita biar dia healing dengan cara dia dulu.  

Bila dah bawak anak bujang bawah umur ni dorang lebih excited nak main di taman.  Ikut sukalah...dorang bereksperimen dengan peralatan senaman yang ada kat taman dan ammi teruslah jalan berapa puluh pusingan ntah kat taman yang cenonet ni.  Naik pening kepala sebab pusingannya kecik dan ktia doklah berpusing.


Bolehlah tu daripada duduk melunjur kaki dalam rumah.  Tapi ammi terasa berat sangat badan ni nak berjalan.  Rasa macam dah lama bergerak tapi jaraknya dekat je.  

Berat terkini...61kg.  Sekitar bulan November 2023 haritu berat ammi dah capai 56++kg...tapi lepas doctor suruh ammi stop IF sebab ammi ada tanda-tanda gerd, terus sarapan pagi macam nak pergi menoreh.  Masalah bila dah bersarapan pagi adalah...ammi lagi cepat lapar menjelang lunch hour.  Bila tak bersarapan pagi ammi ok je tak rasa lapar.  Minum shake aja dah memadai.

So, sekarang ni ammi mulakan berIF semula.  Pandai-pandailah kawal caffeine intake tu Sharmila.

#roadto55 masih diteruskan walaupun dari sehari ke sehari angka semakin menjauh dari 55.