Hari Sabtu haritu Abah & Ammi ke Nilai bawak si Aswad untak 2nd vaccine.  Ajak anak-anak sorang pun taknak ikut.  Mentang-mentang ammi unlock phone dorang, masing-masing terus "komited dan berdedikasi" main game tak pandang kiri kanan.

Ammi sampai di klinik jam 12.35pm.  Ala...dah tutup pulak waktu untuk mendaftar sessi pagi.  Klinik buka semula jam 2.30 petang.  Ammi pun kenen-kenen dengan staff klinik tu untuk nak tinggalkan Aswad kat dalam klinik je dulu sementara kitorang gi merambu.  Nasib baik staff klinik tu ok.  Takkan nak biarkan si Aswad tu berpanas dalam kereta..mati juga anak bulu bongsu ammi ni karang.  

Aswad ni sejenis yang tak bising jadi ammi tak risau nak tinggalkan dia.  Memang sangat jarang ammi dengar suara dia dalam rumah ni.  Dia kalau mengeow pun, mulut dia je terbuka, tapi suara dia tak kedengaran.  Kalau ada pun halus sangat suara dia walaupun dia duduk sebelah kita.  

Klinik ni dekat dengan Aeon Nilai, jadi marilah kita ukur jalan dalam tu.


Tempat kesukaan abah & anak bujang...kedai barangan sukan.  Sebelum tu abahnya dah membeli kat dalam Aeon tu.  Sekarang ni tak ada plastik bag yang harganya 20 sen tu.  Paper bag dia jual 70sen...dan abah kata kat adik cashier "pakcik kepit celah ketiak jelah".  Ahahahahha...pakcik punnnnn janganlah kedekut sangat.


Ambik gambar ni tunjuk kat Ozil, terus dia voice note.  Tolong belikan untuk dia, belikan glove sekali.  Ehhhh sedap eh order.

Dapat juga order dari Kyra untuk belikan barang-barang buat kuih dia.  Dah alang-alang banyak masa, jom jelah mencari.  


Ini antara yang dia order.  Apa kuih yang dia nak buat entahlah.  Butter ammi tak belilah.  Cuaca panas nau...kalau beli juga butter tu mau dia mencair dari Nilai ke Seremban karang.

Ammi cari juga sagu kononnya nak buat sagu gula melaka sebab terliur tengok posting mama cella, pastu orang kedai tu tanya...akak nak sagu rumbia ke sagu ubi?  Terus akak ko ni blur dikkkk.

Sampai semula di klinik jam 2.26pm....dah ada 2 ibuayah kucing beratur diluar pintu.  Lepas vaksin kononnya nak set appointment untuk nak mandulkan Aswad.  Yelah dia dah 6 bulan....tak dimandulkan karang jadi nenek pulak ammi ni.

Slot free untuk mandul kucing betina 5.4.2024 nanti baru ada.  Ok set terus.  Harap-harap masa tu nanti berat dia cukuplah 2.3kg.  Setakat 16.3.2024 berat dia baru 2.2kg.  Tapi rasanya boleh kot sebab bulan lepas masa bawa untuk 1st vaksin berat dia baru 1.8kg.  Lepas sebulan naik 400gram terus.  Mana taknya... tiap kali makan ammi akan sediakan 4 mangkuk untuk tiap anak bulu ni.  Dan dia....lepas dia selesaikan mangkuk dia, semua mangkuk yang lain tu dia akan bersihkan.  Dah serupa majlis perbandaran budak kecik ni.  Entah bila dia nak kenyang ntah...asal sua makanan je dia makan.  Tak pernah menolak.