Jumaat lepas macam biasa ammi bekerja dari rumah. Disebabkan banyak kerja yang perlukan ammi menghadap komputer ammi dah settlekan hari Khamis tu, maka ammi tak on pun laptop. Ammi santai-santai tengok drama Takdir Itu Milikku kat telegram.
Petang Khamis tu dah terfikir-fikir nak masak western untuk buka hari Jumaat. Tanya Ozil katanya ok boleh.
Sebelum tengahari pergilah mencari bahan. Naik motor Harley Dabidson abah je.
Sampai rumah kita marinate siap-siap ayam tu. Dan biar duduk bersejuk-sejuk dalam peti ais.
Buat salad guna je Yau Mak Tam ni, letak juga jagung dalam tin kesukaan Ozil. Splash in some lemon, letak kewpie sauce...siap.
Black pepper sauce guna sos prego cheese and herb tu je. Baru tau ada resipi senang dan sedap gini. Ammi pun tak ingat blog sapa yang share haritu. Pastu ammi google dan jumpa resipinya. Senang banget.
Hero of the day. Juicy grilled chicken.
Ammi rebus juga ubi kentang yang dah diwedgeskan, grill meatball yang tinggal banyak tu je dalam freezer. Grill juga kacang buncis yang dimarinate bersama cajun spice.
Cukuplah rezeki kami untuk Jumat itu.
Ayam tu siap dibawa ke sahur sekali. Yelah time berbuka ni pesen tak makan banyak je kami ni. Sebab tu macam terasa rugi je kalau berbuka secara buffet. Memang begitulah dari muda ke tak berapa nak muda ni.
9 Comments
sedapnya western..kat rumah tu semua nak nasi jer time buka...
ReplyDeletemenariks.. wajib cuba ni nanti kat rumah.
ReplyDeleteKalau Pak Zain mintak nasi tu...
ReplyDeleteooo siyes eh buat blackpeper sauce guna prego tu jer? wahh ini memang info baru lah utk MZ..boleh tiru nanti
ReplyDeleteSedap ayam digrill masih juicy tak kering. Ya, ada orang share resipi guna sos prego tu. Tapi belum cuba lagi. Nampak mudah dan sedap katanya.
ReplyDeleteSedap sangat ni menu berbuka puasanya Ammi.
ReplyDeletesedapnyer...
ReplyDeleteSaya pun senaaaang sangat kalo jumpa resep yang mudah dan simple. Maklumlah, skill masak tak maju2 dari dulu 😄😂. Bisa jadi karena sayapun memang tak suka masak sebenarnya, tapi memaksa diri supaya bumbu2 bisa seusai dengan keinginan🤭
ReplyDeletesesekali kannn layan tekak makan western...
ReplyDeletehehe...