Tajuk...berlagak sungguh bunyinya.  Hahaha.  Tapi bukan ammi yang berbuka dengan menteri.  Ammi berbuka dengan sultan ammi di dalam rumah aja.

Minggu lepas (hari Khamis malam Jumaat) ada majlis berbuka puasa bersama Menteri Pendidikan di sekolah Khilfi.  



Dalam group Whatsapp dorm Khilfi (majoriti duduk Melaka) sibuklah anak call suruh hantarkan samping sebab kena pakai baju melayu siap bersamping.

Anak ammi? Call pun tidak. Ammi ni macam samping apalah dia nak pakai.

Malam tu bertalu-talu gambar yang pihak sekolah share di telegram. Mak-mak biasalah mesti tercari-cari muka anak.



Tadaaaa...jumpa pun anak kita.  Siap dapat duduk sebelah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tuan Hj. Azman bin Hj. Adnan.

Baju dia warna coklat...ammi siap fikir samping apalah agaknya dia pakai.  Samping hitam masa dinner haritu dia tak bawak balik asrama.  Ehhhh sampai teringat-ingat masa tidurlah bab samping anak ni.



Nampak 3 titik emas di songkok dia.  Bagus anakku.  Mendengar kata.

Ammi cakap kat dia "belah dalam songkok tulis nama pakai marker warna gold tu.  Kat luar buatlah apa-apa tanda supaya dari jauh dah boleh detect songkok tu awak punya".  

Tiga titik terus dia kasi dikanan dan kiri.  


Dapatlah juga detect muka anak di tiktok Menteri kita ni.

Hari Jumaat Khilfi tak pulang bermalam (pulang pilihan).  Dia pilih untuk stay je kat asrama dan out of 700++ students yang pilih untuk tak balik hanya 29 orang je.  

Sabtu dia call and ammi terus tanya pasal samping.  Katanya dia pakai je samping sekolah.  Hahhaha...boleh bayang tak color blocknya camna.  Baju coklat samping biru siap bercorak (biru macam kain budak sekolah menengah).  Suka-suka je anak bujang ammi ni.