Sehari lepas keluar keputusan tawaran kemasukan ke sekolah khusus, ammi tertarik dengan satu posting dari pelajar ni. Kebanyakan yang dalam group ni adalah ibu bapa tapi tengok dari pengenalan katanya dia pelajar.
Dia luahkan apa yang dia rasa.
Sejujurnya ammi dapat rasa kekecewaan dia sebab situasi dia sama juga macam Kyra. Kyra pun tak dapat tawaran ke SBP atau MRSM masa F1. Mujur juga dapat aliran KAA. Begitu juga dengan tidak berjaya ke SBP untuk tingkatan 4.
Ramai juga para acik-acik dalam group ni yang bagi kata-kata semangat kat adik ni.
Ada yang kata boleh stay di sekolah ni dan ambil additional tuition classes...dan jawapannya "saya takut nak bagi tau parents tentang tuition". Alaaaa kesiannya. Mungkin dia dari keluarga yang kurang berkemampuan. Sebab kelas tuition tak murah.
Semoga adik ni jangan mengalah. Teruskan melangkah dan gandakan usaha dan semoga cikgu-cikgu aliran STEMnya pun gandakan usaha mengajar sebab pure science bukanlah subjek yang mudah dan bukan semua orang boleh bawak dengan baik.
9 Comments
moga anak2 kita semua akan terus sukses dan berjaya harungi pelbagai cabaran laaaa...hidup ini tak mudah...
ReplyDeleteKesiannya adik ni. Kita juga pernah rasa kecewa dulu, tapi Alhamdulillah, itu bukan penghalang utk berjaya dan masuk ke U tau adik. Yg penting, belajar bwrsungguh² dan jangan leka dengan hiburan yg ada.
ReplyDeletesian adik ni... makcik ldy yg ade anak besar secoet tu pun risau.. apatah lagi adik yer.. Allahu.. Engaku bantulah beliau .. ameeennnn
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan anak ni 🤲
ReplyDeleteKyra okay tak Ammi? Insha Allah ada yg terbaik sdg menanti 🤲
Semoga dipermudahkan urusan anak tu... Selalunya, jarang anak2 nak berfikir mcm tu utk diri sendri.. Insya-Allah... Adik boleh...
ReplyDeleteKita teringin nk buat kelas tuisyen math utk anak2.. Tp, tulah anak sendri pun tak terajar... Hahaha
semoga kamu tak putus semangat duhai anak...usaha la semampu kamu...
ReplyDeleteSemoga adik ni terus semangat belajar dan berusaha. Semoga dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Aamiin...
ReplyDeleteSedih kalo memang ada kendala biaya :(. Semogalah adik tu mendapat jalan keluar untuk sekolahnya
ReplyDeleteFrust kalau memang anak nak sekolah berasrama tak dapat. Tapi jika tak dapat...di sekolah biasa pun ok janji rajin berusaha. Kalau la sekolah biasa tu pun tak ok boleh try tukar kat sekolah biasa lain yang ok. Boleh rujuk kawan-kawan atau info2 dari parents lain. Macam Dania memang nak stay di sekolah harian jadi memang akak tukarkan ke sekolah harian yang baik dan alhamdulilah sekolah harian ni mempunyai cikgu2 yang bersemangat!
ReplyDelete