Bila masuk konti sekali sekala

Jumaat macam biasa ammi bekerja dari rumah.  

Cuaca di Seremban, panas kaw-kaw sampaikan selalunya kalau Abah jemput Khilfi dari sekolah mesti Ozil nak ikut tapi kalini dia kata dia taknak keluar.  Lagipun mesti dalam otak dia, ikut pun bukan boleh dapat makan cendol.  Dia kan hantu cendol.  Ahaks.

Kejap-kejap tanya kat Ozil, sama ada dia larat ke tidak.  Risau gak kan sebab cuaca panas.  Dia nampaknya sayang nak buka puasa.  On aircond dalam bilik dan marilah kita berbaring-baring di dalam sana.  Dengan kucing-kucing sekali join the crowd.  

Dah lepas asar baru ammi mula masak.  Itu pun masih panas lagi sebab matahari terbenam kat belah dapur rumah pulak.  Buka tingkap dushhhhh dia silau terus kat mata.

Kebetulan pagi tu beriya ammi ni menyapu rumah setiap celah ammi sapu, pastu mop.  Sudahnya pukul 1 ammi dah serius punya haus.  Rasanya memang hari Jumaat tu adalah hari terpaling ammi rasa haus sangat.  Masa nak buka tu terbayang air sejuk...tapi kita tahan je nafsu tu.  Tetap berbuka dengan air panas.

Sebelum menjemput Khilfi, Abahnya beli ikan mata besar tu untuk kucing.  Tapi sebab abah beli ikan yang elok jadi ammi ambil 5 ekor gi goreng.  Sekali lepas dah goreng tu terbayang pulak nak buat masak lemak letak cendawan.  Hmmmm belasah jelah walaupun dah bergoreng ikannya.


Jadi menu Jumaat kami adalah ayam lemon, telur rebus air asam, beans goreng, lemak cili api ikan+cendawan.  Ayam lemon tu part ammi cuma goreng ayam je, gravynya Kyra yang buat sebab dari haritu si bongsu dah sound...kalau masak lemon kakak je yang boleh masak sebab kakak masa terpalinggggg sedap.  Baiklah.  Ammi surrrender.

Tiba-tiba lepas masak rasa macam...ehhhh hebat kau Mila.  Dalam panas-panas tu banyak gak ko masak.  

Khilfi sampai rumah, dia salam-salam peluk-peluk ammi dia ni terus SENYAPPPPPPP.  Rupanya dia sedap terlelap dalam bilik sejuk tu.

Post a Comment

16 Comments

  1. banyak jenis lauk tu ammi masak..hihi laratt yerr

    ReplyDelete
  2. Meriah juadah berbukanya
    Nampak sesedap belaka

    ReplyDelete
  3. ntah bila la nak buat chicken lemon ni...chicken bahagian thigh boneless dah beli...

    ReplyDelete
  4. Bila sekali sekala tu terus complete meals ye hihihi...

    ReplyDelete
  5. mmg jd haus sehausnya tambah pulak skrg musim panas & kering hehe

    ReplyDelete
  6. waduhhh sedapnyaa telur rebus air asammm

    ReplyDelete
  7. Wah, banyak juga lauk berbuka tu. Sedap, sedap!
    Memang syok dok dalam aircond time puasa. Boleh hanyutttt... :D

    ReplyDelete
  8. hahaha...ingatkan Ammi dah jadi DJ Suria🤣
    Ikan goreng pun sedap kan masak lauk berkuah

    ReplyDelete
  9. wah..meriah tu mcm2 menu ..alhamdulillah, semua nampaks sedapp

    ReplyDelete
  10. memang cuaca panas terik lately...ujian ramadhan

    ReplyDelete
  11. Iyee..Somban panas giler. Nak masak bawak kipas stand tu kat dapur sebab panas nau. Hebat Ammi masak berjenis-jenis lauk tu haa..lepas ni bolehlah Kyra ambil tempat masak kat dapur pulak kan..

    ReplyDelete
  12. uiiii hebat hebatttt
    terbaiklah
    semuanya sedap2 belaka
    👍👍👍

    ReplyDelete
  13. Saya pun susah berbuka dengan air dingin. Biasanya ttp dengan air hangat dulu, setelah itu nak minum es, terserah. Biar tak kaget tenggorokan 😄. Batuk pula nanti.

    Hebaat kyra, masaknya dah lebih jago dari mamanya 😄👍

    ReplyDelete