Sabtu minggu lepas macam terajin pulak masuk dapur masak itu ini. Untuk minum petang ammi buat tauhu berlauk. Entahlah kenapa suka tauhu kalau dibuat camni tapi...eh kalau dah namanya tauhu masak apa pun ammi suka kot.
Si Khilfi yang tak suka tauhu pun layan juga.
Dah lama juga tak buat tauhu atau apa-apa jelah yang perlu guna food processor sebab motor untuk FP ni rosaklah pulak. Takmau gerak. Dah hantar ke kawan abah untuk repair..yeayyyyy...boleh digunakan semula walaupun setting dah lari. Sekarang ni kalau tombol dekat 0 maknanya dia jalan. Kalau dekat 1 dia stop. Ahaksss...salah command ni masa abang tu merepair agaknya.
Dulu ammi scoop pakai sudu je.. sekarang kita guna piping bag jelah. Laju siapnya. Bertahun dah membeli piping bag ni tapi tak digunakan. Letak minyak sikit kat acuan tu supaya senang nak terjunkan bila dah siap kukus.
Ammi dok cari acuan arwah mama yang warna merah mana ntah. Rasa mengemas masa pindah masuk sini ada je ammi nampak, tapi lupa letak kat mana. So, disebabkan acuan tak cukup kenalah kukus 2 trips. Tapi kejap je kukusnya...dalam 10 minit dah masak sebab buat comel-comel gini.
Ammi pernah masukkan dalam bekas pakai buang tu dan kukus..jadi ambik masa lama sikit dan leceh sebab nak potong-potong. Bila potong jadi bergerigilah, jadi tak sama sizelah potongannya. Almaklumlah tangan "kayu" yang memotong. Ahakss.
Setelah 10 minit dikukus. Dah rupa macam coklat Hershey Kisses tu pulak.
Salut dengan telur dan goreng. Taknak goreng makan gitu cicah sos pun sedap cuma terasalah rasa tauhu yang masam sikit tu.
Ni ada sikit lagi yang belum digoreng kat dalam freezer. Haritu ammi buat lebih asingkan konon nak pass kat rumah along, sekali along berjalan-jalan pulak anak beranak. Dudukkan ajelah dornag dalam freezer biar dorang sejuk sikit.
Psstttt...haritu kan ammi cakap Khilfi kata nak stay je kat asrama masa pulang pilihan, tup tup malam Khamis dia kata nak balik. Lepas solat Jumaat nanti abahnya pergilah menjemput anak ni balik.
9 Comments
betul jugak la macam ammi kata kalau dlm bekas kene potong jd rupa hodoh sbb dana pernah buat, lps ni klu nk buat ikut mcm ammi lah elok kejadianny...tetiba tukar fikiran lak si bujang tu ye kak
ReplyDeleteSedap ni. Favourite tauhu tauhu ni. Yang tak suka tauhu pun terlayan sekali ye.
ReplyDeleteHaritu kemain yakin taknak balik. Lagi seronok berbuka di rumah kan. Semoga selamat perjalanan pergi dan balik nanti. Aamiin...
sebab kawan- kawan dia balik kot? nampak sedap la ammi...share la resepinya...
ReplyDelete1st time mkn opismate bw time potluck kt opis dlu2...sedap....tk pernh lg buat sdiri...puas mkn tu buat sdiri
ReplyDeletemusim panas nie...elok lah dia duduk dalam frezeer tu..kikiki
ReplyDeleteMakan dengan sambal kicap ni sedap
ReplyDeleteahah kena masuk list dulu ni nanti nak try buat hehe
ReplyDeleteAlamak datang sini kol 1 jadi terus nampak menarik ni ammi....nampak cantik je kejadian tauhu tu.....
ReplyDeleteAih sedaaap kak 😍😍😍. Apalagi kalo makan dengan sambal botol. Perkedel tahu lah yaa ini.
ReplyDelete