Ammi beli buah ni Isnin minggu lepas.  Sampai ke hari ini Khamis minggu berikutnya masih ada lagi.  Kadang-kadang ammi lupa ada buah dalam fridge.

Hari ini hari terakhir bekerja sebelum mula berpuasa.  Eh kita puasa hari apa ni?  Selasa ke Isnin?

Jadi kita habiskanlah buah dan roti yang ada supaya buah tu tak kesejukan dalam peti ais selama sebulan.  Silap-silap dari size buah pear terus jadi macam buah ciku.


Semoga berakhirnya bulan Ramadhan, lemak tambahan ammi pun dibawa pergi bersama nanti.  Yang penting semoga ammi sempat bertemu Ramadhan.  Ajal mautkan ditangan Allah.

Ammi sukalah roti ni...dalam plastik roti ni biasanya akan ada kekacang dan chia seed yang jatuh dari roti...ammi kutip dan makan.  Sedapnya.

Kalau ammi terkandas tak sempat bertemu Ramadhan korang ampunkan salah silap ammi ye.  Halalkan ilmu-ilmu, perkongsian yang korang kongsikan dengan ammi selama ni.