Kempunan makan stimbot di Nippon Shabuyaki

Petang Khamis 29.2.2024 lepas keluar result UASA Kyra dan disebabkan dia dapat No. 1 dalam kelas maka abah pun tanyalah dia nak apa sebagai hadiah.  Dan jawapannya......"kakak nak makan stimbot".  Ya Allah, senang sungguh jaga seorang amanah Allah ni.

Selalu itulah jawapan kalau tanya nak apa untuk birthday...tapi birthday tahun lepas dia tak pilih stimbot macam selalu tapi untuk hadiah kecemerlangan pulak dia request.  So, kita layanlah jelah nak-nak bila keputusan kemasukan ke tingkatan 4 tak berpihak pada dia.  

Lepas abah solat Jumaat kami ke Seremban Gateway.  Nippon Sushi dah buka cawangan stimbot pertamanya "Nippon Shabuyaki" di Malaysia dekat Seremban.  Tetiba I bangga jadi orang Somban.  Tengok orang buat review kat TikTok semua kata sedap.  Marilah kita mencuba.  Yakin nak makan kat Nippon ni sebab dimiliki sepenuhnya oleh Muslim.



Sampai sana...hmmmmmm hampa.  Tak taulah pulak dia buat sistem slot-slot gini.  Memang dah full sungguh setiap slot. Katanya nak book online boleh...bila cuba book.
 


Oh makkkkk...13/3/2024 nanti baru ada slot kosong.  Masa tu dah poso dah.  Sapo pulak nak gi mentekedarah kek situ.  Khilfi pun takda masa tu.  So, kita takyahlah book dulu.


So, kita alas jelah perut dulu makan di combo ayam dan burger di Richeese Factory sebab lepas ni kita nak ke tempat lain.  Khilfi nak try Combo Fire dan dia pilih kepedasan level 2.  Abah makan tak ada perasaan.  





Haaaa...hambik berair-air mata dia.  Siap pakej pijar bibir lagi.

Selesai di sini terus jelah kita ke Port Dickson.  Abah layan jelah request anak daranya nak tengok sunset.  Nak kata "malas" abah pulak tak sampai hati.  Manalah tau cara ini boleh buat anaknya ni redha dengan kegagalan.


Post a Comment

11 Comments

  1. Moga pembelajaran anak Ammi ni dipermudahkan. Kita bagi reward untuk menaikkan lagi semangatnya untuk berusaha bersungguh-sungguh lagi untuk peperiksaan akan datang. Insya-Allah. Ibu bapa macam ni la sentiasa nak beri yang terbaik untuk anak.....moga jadi anak yang solehah ya Kyra....ada benda yang baik menunggu di hadapan tu....insya-allah....

    Buat Khilfi...moga jadi anak yang soleh ya abang.....berani dia makan pedas2 tu ya...aunty pun takut2 nak try kalau pedas-pedas ni.

    ReplyDelete
  2. Anak2 mmg kena bagi reward atas usahanya nak tengok mak ayah bangga.
    Anak sy pernah merajuk masa dia dpt highest dlm kelas dan sy tak belanja apa2. 😁😅 Sejak tu sy jadikan ikhtibar & celebrate apa2 pun yg dicapai. Sbb kita tak tahu kan apa yg dia telah lalui & usahakan dlm kelas utk mencapai semua kejayaan itu, klu kat rumah mmg kita boleh nampak.

    ReplyDelete
  3. Lahh dah buka ke? Nampak banner je. Susah lah gitu nak book. Kosong pun lamberttt lagi. Takpelah, layankan je dia layan sunset bagi reda jiwa yang tengah bergolak.

    ReplyDelete
  4. laris sungguh yer bisness steamboat tu...memang byk jer bisness yg prosper while kalau tgk kat socmed ramai bisness owner yg mengeluh struggle etc

    ReplyDelete
  5. Alaa...ciannya dia tak dapat makan steamboat. Tu la.. ammi eksyen sgt jadi org Somban kan, hahaha (gurau). Tak tahu lah kat JB ni dah ada belum cawangan Nippon SB.

    ReplyDelete
  6. ala kesian Kyra. biasalah Abah mana sampai hati hampakan anak-anak

    ReplyDelete
  7. abahnya selamba bedal yg level 2?
    perghhhh
    salute laa boleh telan
    sy colet sikit je dah segelas abis air😁

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dapat no 1 dalam kelas.. Syukur sgt2.. sejuk perut mak nyer.. oh dah pergi sampai steamboat slot full pulak.. bertabah la.. tak ada rezeki utk hari berkenaan.. insyallah next time dah tahu kena booking awal2 kalau nk mkn kat situ..

    ReplyDelete
  9. Recheese Factory ni sedap juga dah try.. outlet sampai oversea..

    ReplyDelete
  10. Tak ernah cuba lagi Richeese ni...nanti nak cuba la..nak tengok setakat mana level kepedasan SA dan anak2

    ReplyDelete
  11. Aisssh makin penasaran kan. Full booked selalu 🤣. Nantilah lepas puasa, baru coba lagi kak 😅.

    Dulu awal reecheese factory buka di bandung, lalu kemudian jakarta, saya LGS pesan level 5. Underestimate. Lepas tuh, satu hari saya tak bisa bangun, lambung sakit luar biasa 🤣. Sejak itu, tak nak sentuh level 5 RF tuh. Level 3 batas maksimal saya .

    ReplyDelete