Kutipan Sisa Pukal

Minggu sebelum Khilfi balik semula ke asrama ammi re-arrange bilik si bujang berdua ni.  Dorang asalnya masa dirumah lama guna pull over single bed je tapi disebabkan kat rumah arwah mama ni memang ada katil queen jadi ammi pun simpan jelah katil single dorang tu kat stor.  Guna je katil queen arwah mama ni.

Tapi setiap kali menyapu mesti ada serbuk-serbuk kuning dari bawah katil.  Sama ada serbuk kayu tu sendiri ataupun sebab anai-anai ammi pun tak pasti.  

Jadi kita tukar jelah.  Bila terbalikkan memang nampak kuning-kuning belah bawah frame katil ni.  Khilfi ni ada sinus jadi ammi rasa memang wajar ammi keluarkan je katil ni.

Dijadikan cerita, ikut pada atuk sebelah rumah ni setiap Khamis akan ada lori yang angkut barang besar-besar ni.  Jadi Rabu malam tu abah pun letaklah elok-elok frame katil tu, ada 2-3 barang kecil yang lain macam rak kasut.

Petang abah balik kerja, ehhhhh rak kasut gone, tapi frame katil masih ada.  Tanya atuk sebelah katanya memang ada lori tu datang ambik barang pagi tadi.  Dah kenapa tak diambil barang besar tu?  Buat hiasan tepi jalan ke apa?

Info kat bawah ni untuk pengetahun korang yang ada rasa nak menukar perabot atau barang elektrik yang besar pastu pening bab nak melupuskan sampah pukal ni.



Karpet tak masuk dalam kategori sisa pukal ye kengkawan.  


Rasanya macam dah betullah cara abah letak barang yang nak dibuang tu...tapi kenapa tak diambil?

Tengok kat flyer tu ada nombor WhatsApp, ammi pun laju jelah WA dorang.  Dan agak laju jugalah respon.




Selang 2 minit dah dapat jawapan.

Dan esoknya hari Jumaat, walaupun bukan jadual untuk lori tu lalu di kawasan taman ammi, tapi dorang datang juga kutip sisa pukal ni.  

Haaaa...kalau terus buat kan senang.  Nak kena komplen dulu baru nak buat kerja ye?

Post a Comment

13 Comments

  1. selalunya macam tu la..akak kalau sampah besar2 mcm ni biasa pecahkan, letak dalam bonet and buang kat tong sampah hijau yang besar kat mana2....

    ReplyDelete
  2. wah..tq tq..memang penting ni

    ReplyDelete
  3. waaa bagusnya efficient jugaklah sbb diaorg terus dtg amik lps u komplen tu

    ReplyDelete
  4. tu lah nak kena buat aduan,boleh pulak kutip ye? aduhai hehe

    ReplyDelete
  5. oo ada yer lori yang amik brg sisa pukal ni. klu dlu ikin kerja pejabat nk buang brg bsr mmg kna amik lori roro.lori smpah hanya amik smpah domestik

    ReplyDelete
  6. ooo boleh minta mereka ambil rupanya.baru LM tau

    ReplyDelete
  7. pelik juga kalau tak ambil semua kan, mujur la pihak diorang cepat respon & cepat buat kerja

    ReplyDelete
  8. Sisa pukal ni kalau macam sofa,tilam bagai kalau hujan ja sebelum depa datang amik..jenuh depa nak angkat berat menyerap air...hihihi

    ReplyDelete
  9. Oo..boleh terlepas ek..aduhai ..Thanks info!

    ReplyDelete
  10. Tak apa Ammi, rajin kompleh ada hasilnya juga. Selesai masalah.

    ReplyDelete
  11. Yang saya tahu, sampah biasa isnin dan khamis. Selasa sampah kitar semula. Mungkin Khamis tu sampah sisa pukal yang Ammi share ni. Agaknya lori dorang penuh ke camne. Pelik juga tu tak diambil sekali.

    ReplyDelete
  12. dia suka keje byk kali kot? 😁😁
    ni nak dkt raya tentu ramai yg buang sisa pukal
    almaklum.laa semua nak ganti baru

    ReplyDelete
  13. Dah tak cukup lori nya mungkin, jadi terpaksa menyusul punya kakak 🤭. Ntahlah ya alasan mereka, tp yg penting akhirnya diangkut juga 👍

    ReplyDelete