Selepas kempunan tak dapat makan stimbot di Nippon Shabuyaki, kita terus je shoot ke Port Dickson.  Sampai sana cari port untuk solat Asar dulu then kita duduk-duduklah minum petang kejap sementara nak tunggu sunset.  Panas bukan main.  Rasa melekit-lekit je tangan dan muka.

Dah melepak kejap sambil minum-minum air kelapa tu Kyra kata, kita dinner pastu balik jelah.  Dia pun dah rupa cacing kepanasan.  Dah tak senang duduk dah.

Kita ke belah-belah batu 9 Port Dickson dan cari kedai chinese muslim seafood ni.  Dari haritu nak mencuba manjang je tak jadi.




Dah pukul 6 lebih matahari pun masih memancar garang.  Perit rasanya kulit.

Sekarang ni semua order pakai QR Code...jadi tak puas nak tengok menu.  Kalau tengok physical menu sedap sikit kelebet tengok gambar.



Orderlah sizzling tofu ni.


Kyra seperti biasa...kalau nampak fish & chips memang itulah yang dia akan order.


Order juga ginger onion beef.  Agak manis gravynya..disebabkan kicapkah?  Entahlah.


Mixed vege.

Dah sampai semuanya ammi macam...ehhhh ammi tak order lauk yang pedas sikit rupanya.  Kembalikan menu yang kita boleh pegang-pegang, belek-belek mukasurat.  Pulangkannnnnnn.... Hmmmm kita mintak cili potong lebih sikit jelah.