Menggelupur

Ammi ni kadang-kadang level menggelupur tu tak chill langsung.  Benda simple pun jadi tak simple.

Ammi selalu balik kerja sama ada naik Grab Car or AirAsia Ride.  Biasanya naik AirAsia ride jelah sebab jauh lebih murah berbanding Grab.

Haritu ammi pernahlah uninstall AA sebab ada error pastu bila install semula dia tak duduk dalam folder.  Dan duduk kat luar je.

Pastu ada sekali tu ammi nak order AA ehhhh hilang pulak iconnya.  Hilang appsnya. Arghhh sudah..nak download semula nak ingat passwordlah bagai.  Lemahhhh betul.


Rupanya....apps tu elok je ada kat situ.  Tak hilang pun.


Cuma logonya je bertukar dari A kecil warna merah ni ke MOVE warna hijau.  

Hukalohhhhhhhh... tukar sikit-sikit ok lagi.  Ini major change ni.  Patutlah huru hara jap hidup si Sharmila tu.

Yang kita ni pulak sejenis masa click icon, tak membaca.  Korang tiap kali klik icon korang baca ke atau korang klik sebab icon tu dah familiar?  Mesti sebab icon tu dah familiar kannn....jangan tipu.

Menggelupur sebab jam dah pukul 4 kita masih di office.  Ehhhh orang lain balik pukul 6 pun relax je tak menggelupur macam ko...tau tak.  

Post a Comment

11 Comments

  1. Apa tak memggelupurnya kalau dari merah dah jadik ijo 🤣🤣🤣. Kita plak paling gelabah setiap kali nak kena download balik files dari email sebab cari ikon folder tu tak jumpa. Kesnya macam ni la, tak ingat dia duduk kat folder mana 🤭

    ReplyDelete
  2. lagi2 bila on wifi..tiba2 semua terupdate...lepas tu, pelik..hahaha..
    apsal dah lain nie...

    ReplyDelete
  3. Hahaha..mahu tak menggelupur tak jumpa. Dah dia tukar warna memang tak nampak lah kita. Memang tak membaca lah cerita dia Ammi, biasa dah familiar kan. hihi...

    ReplyDelete
  4. cikkak dh try inDrive? rasanye murah gak banding dgn Grabcar., wak x pnh lg try Airasia Move nih., hehe

    ReplyDelete
  5. Uish! Apa yang sampai 494 tu...? Tak bukak gmail ke?

    ReplyDelete
  6. haahhahah MZ pun kdg2 gitu jugak..tp MZ biasanya guna button search if tak jumpa cari apps sbb kdg2 memang overlook, byk sgt apps dlm hp hahahahaah

    ReplyDelete
  7. aik..rebranding tukar kaler hijau ke apa..mmg menggelupur la kalau macam tu

    ReplyDelete
  8. ahahhaha dapat bayangkan kekalutannya.... yelah dh biasa tgk merah tup2 tukar hijau jauh bebeno tu...

    ReplyDelete
  9. mesti lah risau kan sebab ada points dalam tu. kalau hilang cmane nak redeem.

    ReplyDelete
  10. kalau kite, xde terus bg henset ke suami suh dia buatkan.. pemalas tahap cipan pun x malas cenggini..

    ReplyDelete
  11. Hahahahaha I feel you kaaak , 🤣🤭. Saya pun sempat tercari2 mana lah aplikasi airasia saya. Ternyata dah berubah hijau pulak dia. Tak match langsung dengan logo merahnya 🤣

    ReplyDelete