Pertama kali berbuka diluar

Ahad lepas lebih kurang lepas Zohor baru kami gerak dari Seremban ke Melaka sebab nak menghantar seketul anak no. 2 yang pada awalnya poyyyyyooo kata "kita jumpa 5.4 nanti".  Sekali hari Rabu 13.3.2024 dia call abahnya kata nak balik bermalam.  Ahaksss.

Siapa tak sayang anak...dan Abahnya pun gigihlah menjemput hari Jumaat tu.


Bersama Harley "Dabidson" abahnya.  Inilah motor yang banyak berjasa menghantar dan menjemput anak ke sekolah, jemput ammi balik dari LRT dulu masa di KL.  Besar juga jasanya walaupun beli cuma dengan harga RM500 je.  

Sejenis motor kalau abahnya naik tak pakai helmet dan ada polis buat roadblock pun polis tak sampai hati nak saman.  Hahahha...

Sampai di Melaka kitorang singgah di AEON Ayer Keroh dulu.  Belilah baju untuk pakai di hari raya ke-2.  Beli t-shirts dan seluar jeans je, beli juga bantal untuk kerusi belajar Kyra.  Lepas settle semua singgah solat Asar di Masjid Al-Alami di MITC, beli juadah sampingan berbuka untuk Khilfi share dengan kawan-kawannya dan marilah kita naik ke sekolah.


Memang untuk Tingkatan 2 kalau mengikut jadual pelajar perlu sampai dalam jam 4.30 ke 5 petang.  Nak naik relax je tak banyak kereta bersusun.  Tapi dilaluan sebelahhh huhuhu.


Masa nak turun bukit dari sekolah ke pintu utama sekolah tu... lebih kurang 20 minit jugaklah kitorang stuck.  Tahun lepas pelajar dibenarkan pulang lepas berbuka tapi tahun ni pelajar wajib terawih disekolah hari Ahad.  Kami menurut perintah cikgu.  Apa-apa saja yang terbaik buat anak-anak.

On the way balik Melaka tu kitorang lalu jalan lama sebab risau jam di highway.  Dah 2-3 kali dah kena, check waze kata ok...sampai kat highway hambikkkkk...melekat bersusun kereta.

Bincang-bincang dengan abah, rasanya macam sempat je sampai ke rumah jadi tak adalah menyinggah dimana-mana untuk beli lauk.  Sampai di kawasan rumah sekitar jam 6.50 petang gitu.  Pergi ke bazar Ramadhan banyak yang dah tak menarik.  Sudahnya kita ke Restoran Yasalam, kedai malabar favourite kami sekeluarga jelah.

Lauk-lauk dia sedap juga dan biasanya kalau sarapan pun ammi prefer ke sini sebab pilihan dia sangat banyak dan harga dia tak semahal restoran di hadapan dia.    Mula-mula ingat nak tapau je tapi hmmm makan jelah dah alang-alang kedainya dekat dengan rumah.


Tambah sesudu lagi kuah kari, ikan dalam pinggan ammi tu pun boleh berenang semula gamaknya.  Ahaksss.  Pinggan disebelah kiri pinggan ammi tu Ozil yang punya.  Siput sedut pun Ozil yang punya.  Lain maciammmmmm dia punya terliur nampak semua benda.

Abah dan Kyra makan nasi beriani..sorang ambik kambing sorang ambik ayam.  Pastu semua orang kena habiskan ayam si Kyra.  Hmmmm..


Sementara menunggu nak berbuka.  Masa ni kat pokok sebelah ni punyalah riuh dengan kicauan burung yang nak balik ke sarang.  Risau je sambil-sambil terbang tu dia lepaskan "bom".


Bukan main lagi muka kusyuk main sebab ammi kata "sampai je rumah handphone letak dalam  bilik ammi".

Itulah kali pertama kami makan di luar sepanjang berpuasa kali ni.  Ammi prefer berbuka di rumah je sebab tak perlu nak rushing solat, nak menunggu tandas, nak menunggu ruang solat.  Tenang sikit.

Post a Comment

18 Comments

  1. Kalau dr Melaka nk ke seremban.. Better lah jln lama je... Hihihi... Linda kalau dr Melaka nk balik selayang pun, kuar ikot tol PD... Tenang sikit, tak payah nk lalu linggi yg selalu jem tu...

    ReplyDelete
  2. sekejap je dah jadi senior DakKhilfi tu
    terliur juga ni tengok siput sedut Ozil...

    ReplyDelete
  3. ok jer sekali sekala iftar kat luar :) suasana berbeza gitu

    ReplyDelete
  4. Takpe la sesekali kan..Akak setakat ni masih belum berbuka kat luar lagi..x tau la kalau 2-3 hari lagi nanti...

    ReplyDelete
  5. Hadap jem tu memang kena banyak2 bersabo hehe...

    ReplyDelete
  6. sipbaik burung-burung tak melepaskan 'bom' dorang hehe

    ReplyDelete
  7. uish..ada siput sedut.nyumss.

    ReplyDelete
  8. mkn dgn tenang yer dgr kicauan burung haha

    ReplyDelete
  9. Betul, berbuka di rumah yang terpaling selesa. Tak payah susah nak cuci mekap & mekap balik.

    ReplyDelete
  10. Saya pun prefer berbuka di rumah. Lebih selesa.

    ReplyDelete
  11. Teringin juga nak berbuka di Restoran Yasalam ni tapi itulah nanti akan terkejar2 masa. Yang syok makan kat luar ni tak gaduh nak hidang, nak basuh pinggan dan nak mengemas.

    ReplyDelete
  12. Baca entry ni pun rasa rushing je Ammi haha 🤣
    Tapi kedai dekat rumah oklah kan, tak terkejar² sangat Maghrib

    ReplyDelete
  13. Betul..berbuka di rumah senang segalanya, solat dan tandas.

    ReplyDelete
  14. sama la..aku pun prefer buka kat rumah..selesa banyak kan

    ReplyDelete
  15. Banyak jasa motor tu. Patutlah disayangi. Kalau dalam keadaan macam ni, terpaksalah kita berbuka di luar. Tapi memang prefer berbuka di rumah, serba tenang gitu.

    ReplyDelete
  16. Uwaaaah banyaaaak menu memang, bisa saling icip kalo makan dengan kluarga begini ☺️.

    Ke Melaka selalunya macet yaaa. Tahun lalu saya kesana naik bus dengan teman, Alhamdulillah lancar. Saat pulang dan pergi. Tapi mungkin Krn bukan peak season juga

    ReplyDelete