Minggu lepas kami bersarapan Restoran Kendong Char Kuey Teow yang letaknya kat Senawang. Adik ipar ammilah yang kata "bandak cuba makan mee goreng kat situ, sedapppppp".
Dan seketul bandaknya ni pun terujalah nak mencuba. Suami ammi ni sorang yang kalau mee goreng kena pedas. Kalau warna mee goreng tu merah cili lagilah dia suka. Dia jarang makan kalau mee tu warna coklat or hitam disebabkan kicap. Kecuali mee hailam.
Mendung je haritu. Memang dari pagi sampai ke petang agak mendung. Masa kami sampai waktu belum jam 8 lagi. Kejap tu agak penuh juga kedai ni.
Masa order tu siap sebut mee goreng pedas ye. Dan masa sampai ammi tengok gak dia...sebab hitam warna meenya. Ahakss.
Dah selepas suapan pertama dia dah garu kepala. Ammi cuba pulak...confirm mmg tak berapa nak kena dengan tekak suami. Rasa manis kicap yang terlampau sangat boleh dirasa.
Itulah..."sedap" itu subjektif. Ditekak kita mungkin sedap sangat tapi ditekak orang lain mungkin tidak. Dah order takkan nak membazir, kita mintak je cili potong dan makan walaupun nampak terkulat abah nak habiskan sebab memang terasa manis kicapnya.
Ozil order kuey tiau goreng. Boleh tahan rasanya
Terpaling tak ada rupa, tapi inilah yang terpaling sedap diantara kesemua menu yang dipesan.
Ammi order kueh tiau sup dan hmmm biasa jelah. Boleh diterima tekak tapi biasa je.
So, mungkin next time datang sini kita order char kueh tiau dia je kot. Sebab dah sah-sah itu terpampang dipapan iklan dia.
Tapi, siapa nak mencuba silakan. As I said earlier, sedap itu subjektif. Ditekak saya BIASA-BIASA ditekak anda mungkin LUAR BIASA.
9 Comments
Dah mintak pedas pun tak pedas juga ye. Selalu camtu kan. Memang terkulat kulatlah kita nak habiskan kalau tak kena dengan selera. Mujurlah ada yang sedap antara semua tu.
ReplyDeleteHehehhe.. sy pun tak boleh go kalau rasa kicap kuat sgt. Yg tak ada rupa tu pulak yg sedap ya, hihi.
ReplyDeleteyg tkde rupa tu menu fav ankdara kita
ReplyDeletefuhh terliur la tgk entry ni time2 posa hahahahhahh
ReplyDeleteSedapnya kue tiow sup, lately OM suka makan kue tiow. aduih dahlah tengah puasa hjeheheheh
ReplyDeleteterus lapar sungguh nengok
ReplyDeleteSelalunya macam tu la. Kalau expertise dia char kueytiow, memang yang itu je la yang sedap. yang lain confirm biasa2.
ReplyDeleteSaya sama, wajib pedas. Kalo terasa sangat kecap, dah lah tak semangat nak makan.
ReplyDeleteSaya makan pedas juga tapi tidak la pedas sangat2. Kalau terlebih kicap pun saya tak suka juga sebab takut termasin @ termanis.
ReplyDelete