Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas memang hari mencari keperluan sekolah anak.  Bila ada 3 orang anak bersekolah, macam-macamlah keperluan.  Dan bukan semua keperluan boleh beli ditempat yang sama.

Hari Ahad tu sebenarnya nak mencari buku teks Khilfi je.  Buku teks sejarah yang dia dapat dah rupa roti kirai.  Depan ada kulit tapi dah macam kain tarzan, isi ada yang rompong, belakang tak ada.  Abah decide, beli jelah buku tu.  Nak tunggu tukar buku kat sekolah tu nanti belum tentu si Khilfi ni pergi ke bilik SPBT.  Bukannya abah tak kenal anak dia ni.  Sejenis yang suka "nantilah dulu, esoklah".

Sekali, ehhhh ada pulak list tambahan.  Jam tangan dah putus.  Jam loceng tak bernyawa.


Marilah mencari.  Beli jam tangan dia pun yang kat Mydin Seremban 2 je.  Duduk asrama itu jelah yang sesuai.  Mula-mula abah kata takyahlah pakai jam.  Tapi dia ni spesis ammi.  Dari darjah 2 dia dah mula pakai jam dan since then asal keluar rumah je mesti berjam.  Ammi ni dalam rumah pun pakai jam.  


Yang si dara ni terserlah keperempuanannya.  Dia dok belek oven, pressure cooker, pinggan-pinggan.


Sebab terpaling penat mengukur Mydin, kita layan pulak nasi kandar kuah banjir.  Nak sedapkan hati ambiklah nasi separuh.  Tapi separuh dia macam penuh je ammi tengok.  Setakat ni kalau di Seremban ammi rasa nasi kandar di Mydin Seremban 2 lah yang paling boleh diterima tekak selain daripada nasi kandar Gany di Panchor tu.



Selesai di Mydin, kita ke kedai pakaian Hari-Hari jap sebab seluar slack hitam Khilfi senteng.  Jadi marilah tambah selai. Suka beli kat sini sebab dia ada slack yang jenis stretchable.  Yang senteng tu nanti buatlah pakai masa prep malam, sebab hari Isnin hingga Khamis wajib berbaju melayu full atau baju melayu dan slack hitam.  

Naik kat tempat seluar tu relax je sebab ramai yang bertumpu kat bawah.  Nak membayarnya yang hazab sebab barisan dan macam ular kena palu.  Sudahnya ammi bagi duit kat Khilfi, biar dia je yang beratur.  Ammi dok santai-santai kat tangga luar.

Malam tu si Sharmila tak perlu dinner dah sebab dia dah makan macam nak pergi membajak tanah siang tadi.