Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas memang hari mencari keperluan sekolah anak. Bila ada 3 orang anak bersekolah, macam-macamlah keperluan. Dan bukan semua keperluan boleh beli ditempat yang sama.
Hari Ahad tu sebenarnya nak mencari buku teks Khilfi je. Buku teks sejarah yang dia dapat dah rupa roti kirai. Depan ada kulit tapi dah macam kain tarzan, isi ada yang rompong, belakang tak ada. Abah decide, beli jelah buku tu. Nak tunggu tukar buku kat sekolah tu nanti belum tentu si Khilfi ni pergi ke bilik SPBT. Bukannya abah tak kenal anak dia ni. Sejenis yang suka "nantilah dulu, esoklah".
Sekali, ehhhh ada pulak list tambahan. Jam tangan dah putus. Jam loceng tak bernyawa.
Marilah mencari. Beli jam tangan dia pun yang kat Mydin Seremban 2 je. Duduk asrama itu jelah yang sesuai. Mula-mula abah kata takyahlah pakai jam. Tapi dia ni spesis ammi. Dari darjah 2 dia dah mula pakai jam dan since then asal keluar rumah je mesti berjam. Ammi ni dalam rumah pun pakai jam.
Yang si dara ni terserlah keperempuanannya. Dia dok belek oven, pressure cooker, pinggan-pinggan.
Sebab terpaling penat mengukur Mydin, kita layan pulak nasi kandar kuah banjir. Nak sedapkan hati ambiklah nasi separuh. Tapi separuh dia macam penuh je ammi tengok. Setakat ni kalau di Seremban ammi rasa nasi kandar di Mydin Seremban 2 lah yang paling boleh diterima tekak selain daripada nasi kandar Gany di Panchor tu.
Selesai di Mydin, kita ke kedai pakaian Hari-Hari jap sebab seluar slack hitam Khilfi senteng. Jadi marilah tambah selai. Suka beli kat sini sebab dia ada slack yang jenis stretchable. Yang senteng tu nanti buatlah pakai masa prep malam, sebab hari Isnin hingga Khamis wajib berbaju melayu full atau baju melayu dan slack hitam.
Naik kat tempat seluar tu relax je sebab ramai yang bertumpu kat bawah. Nak membayarnya yang hazab sebab barisan dan macam ular kena palu. Sudahnya ammi bagi duit kat Khilfi, biar dia je yang beratur. Ammi dok santai-santai kat tangga luar.
Malam tu si Sharmila tak perlu dinner dah sebab dia dah makan macam nak pergi membajak tanah siang tadi.
11 Comments
Betullah ammi selagi tak buka sekolah selagi tu rasa xsetel, ni plk selagi tak raya selagi tu tak setel, letih pikir kan macam-macam..rsa nk je jd mcm bapak2 rilexx je idup..haha
ReplyDeleteaku pun settled dah...tahun ni Iris sorang je tapi mcm2 plak demand nya..layan je la mana yg boleh kann
ReplyDeletebetul sangat Ammi selagi tak buka sekolah selagi tu lah ada je yang perlu di penuhi :)
ReplyDeleteSelagi tak buka sekolah, ada aje barang yang kurang ya 😄
ReplyDeleteSama la kita ammi, hampir 24j pakai jam tangan.
panjng beratur sbb tengah jemmm org membeli pakaian anak-anak hehe
ReplyDeleteWow yang perempuan dah belek oven, pinggan2? Aunty masa kecik2 pi tengok bahagian mainan je....
ReplyDeleteSelagi tak settle, selagi tu akan keluar dan bermacam-macam lagi akan dibeli. hihi..kalau ke Mydin S2 ni saya suka makan ayam geprek atau nasi kukus tonggek. Nasi kandar belum cuba lagi. Agaknya dia lupa separuh kot tu. Macam banyak je rupanya.
ReplyDeletelinda sampai tak tahu dah setel ke belum brg anak2 nie...hahaha...sebab semua mcm boleh pkai lagi...tp anak kan, dan2 lah..beg koyak...bekas pensil takde...hahaha
ReplyDeletemacam tulah duit mengalir seperti air. Semoga Ammi dan suami dimurahkan rezeki
ReplyDeletekaunter buka 1 je ke?
ReplyDeletemana laa manager kedai ni
biar pelanggan beratur pnjg mcm tu!
Hahahahaha tertawa langsung baca kalimat trakhir tuh yaa 🤣. Saya pernah coba nasi kandar mydin atau letaknya dekat Mydin, lupa pula, tp di Penang 😄. Sedap juga memang.
ReplyDeleteKakak sama dengan suami saya, wajib pakai jam 😄. Saya pula lebih sering tak pakai. Bukan tak suka, tapi beberapa kali beli jam tangan, dan hilang yg ada 🤣. Dah laah tak usah pakai jadinya 😅