Selesai masalah tiket

Hari Jumaat ammi tak bekerja.  Hari Ahad nak hantar Khilfi balik ke asrama.

Jadi hari Khamis 7.3.2024 ammi dah skodeng tiket bus nak balik cuti raya nanti.  Supaya ammi boleh book dan print je tiket tu untuk dia.  Kat rumah tak ada printer, jadi kenalah pinjam printer office.

Sebenarnya bulan puasa nanti setiap minggu ada pulang pilihan.  Masa bagi dia senarai tarikh tu dia macam 

Abang:  Is it ok kalau abang tak balik?

Ammi:  Haa? Kenapa?  Tak suka tengok muka ammi?

Abang:  Taakkkkkkk... (panjang taknya nak ambil hati mak dia).  Duduk kat asrama bila tak ramai orang ni seronok.   Boleh chill dalam dorm, boleh tengok TV, lepak-lepak dengan kawan yang tak balik.  Mesin basuh pun kosong je.

Ammi:  So, confirm taknak balik?

Abang:  Angguk je.


Yay berjaya beli tiket awal.

Beli awal sebab risaulah tiket bus penuh.  Tapi ehhhh belum ada orang beli pun.  Apa-apa jelah janji bahagian ammi membooking dah settle.  Pasni lipat elok-elok tiket masuk wallet ye.

Dulu ammi beli tiket online, pastu ammi WhatsApp pada warden yang uruskan bus dari sekolah ke Melaka Sentral.  Nanti warden tu akan tolong printkan tiket.  Tapi ni dia masih dirumah...kita selesaikan terus.  Dia ni nanti cuma perlu deal dengan warden je untuk masukkan nama dalam senarai yang nak ke Melaka Sentral.  



Dah 2 kali berjaya naik bus.

Kali pertama naik ada abang senior yang turut sama balik Seremban.  Ni abang tu dah tamat SPM, pandai-pandailah nak hidup ye anak lanangku.

Tak risau ke?

Aja gila tak...masa memula tu siap tinggalkan handphone kat bilik warden.  Ada handphone, masalahnya masa nak balik tu dia lupa ambik fon dari bilik warden.  Boleh? Pandai-pandai abah jugaklah estimate time tunggu dia kat Terminal Bus Seremban tu.  Siap berjalan dari sana ke sini jeling-jeling pandang-pandang bus yang masuk.

Kita titipkankan keyakinan yang anak kita boleh, Insyaallah pasti boleh.  Kita kasi aura positif dari jauh.  

Post a Comment

13 Comments

  1. InsyaAllah Khilfi boleh......... Anak buah ahkak balik MRSM Perlis naik keretapi jer..... selalu maknya hantar, kali ini balik sendiri jer...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, Khilfi will be ok and independent nanti...anak lelaki kena berani ye...

    ReplyDelete
  3. In syaa Allah, segalanya akan lancar. Bolehkan Khifli.
    Salam Ramadan Al Kareem buat Ammi sekeluarga.
    Selamat menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
  4. Insya-Allah, Khilfi ok.
    Selamat berpuasa, Ammi.

    ReplyDelete
  5. Biasalah anak kan.. siapa jer yg tak risau pasal keselamatan mereka.. insyallah setiap pengalaman mengajar mereka jadi lebih kuat :D

    ReplyDelete
  6. kan.. anak kite sbnrnye boleh tp kite mak mak ni terlebih2.. (sbnrnye x terlebih2.. tapi risau kan jadi ape2 kan.. huhuhuhu.. nanti ngs x berlagu, nyesal x sudah)

    ReplyDelete
  7. bagus lah si Khilfi ni dia jenis suka yg tenang2je...

    ReplyDelete
  8. Kalau lelaki pasti boleh....tapi tu la kalau saya pun pasti risau. Mak memang macam tu.

    ReplyDelete
  9. Inshallah..jangan risau anak lelaki..pandai la dia..

    ReplyDelete
  10. Senang settle awal. Tak kalut dan tak risau tiket habis. Mahunya tak risau kan. Kita doa dia selamat sampai.

    ReplyDelete
  11. standard la tu..sindrom mak mak... anak kot, memang la kita ni risau..

    ReplyDelete
  12. Insya Allah bisa. Apalagi anak lelaki, selalunya mereka lebih mandiri 😊

    ReplyDelete