Telur Rebus Air Asam

Lama dah nak buat resipi ni tapi tak terbuat.

Bila bulan puasa mulalah macam-macam menu ko nak buat tapi risau nak buat sebab dahlah tak boleh merasa pastu kau beriya nak buat.  Dibuatnya tak sedap, naya je membazir.

Ammi kongsilah kat sini kot-kot ada yang nak culik idea bila kekeringan idea memasak.  Yang selalu masak memang ada masa hilang idea nak masak...tapi jangan kata yang selalu masak, yang jarang masak ni pun selalu tak tau nak masak apa.

Disebabkan menu ni senang jadi kita buat jelah.  Air asam ni selalu ammi guna versi yang ini.  Hari Jumaat tu ammi cubalah versi dalam tiktok pulak.  Sedap juga.

Bahan air asamnya sama je cuma ada tambahan tomato dan kerisik sikit dan tak ada bawang putih.

Bahan-bahan:

  • 1 labu bawang (dihiris ikut suka)
  • Cili padi (ikut level pedas)
  • Asam jawa sebesar buah pingpong (dijadikan pes yang agak pekat)
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukupnya

Tomato tu patutnya buang yang isi dalamnya..tapi ammi belasah je masukkan semua.  Sayang pulak nak buang-buang.  Kalau bulan tak puasa bolehlah dimasuk dalam mulut...ni bulan puasa rasa bersalah pulak nak buang je gitu dalam tong.  Kesian bahagian dalamnya tak bersalah.

Cara-cara
  • Satukan je semua bahan di atas.
  • Gaul mesra sambil picit-picit biar mesra rasanya (pakailah glove...kang pijar pulak).
  • Siap



Telur ni rebus dalam air yang dah mendidih dalam 4 minit je pastu lelaju masukkan dalam air sejuk/air yang ada ice.  Memang nak tekstur yang lembik-lembik gedik gini.


Boleh lock juga resipi ni sebab sedap ditekak ammi.


Tadaa...lepas dituang atas telur gedik tu.

Post a Comment

16 Comments

  1. Lauk simple tapi menambah selera ni...lepas makan asyik cium tangan🤣

    ReplyDelete
  2. ldy pernah buat ni... tapi ldy tambah sedikit stevia dan garam...

    ReplyDelete
  3. Simple tapi boleh lupa diet ni kalau dapat

    ReplyDelete
  4. sedap tu sbb ada telur gedik tu

    ReplyDelete
  5. Waduh, sedap ni!
    Mujoq semua bahan dah ada, bole try berbuka ptg nanti 😁

    ReplyDelete
  6. untuk peminat telur rebus mesti suka ni, kdg menu yg ringkas gini lah yg bt kita terliur dan tambah selera

    ReplyDelete
  7. ini buat menanmbah nasi, abis telur tu rebus ikan kembung..susun macam susun telur tu jugak untuk sahur...confirm habis nasik...hahahaha

    ReplyDelete
  8. ikin dah 2 hari resepi telur sambal sb segala jnis binatang dh xleh nk telan haha

    ReplyDelete
  9. resepi ni mengingatkan CCL pada arwah tok

    ReplyDelete
  10. Lauk ni pernah viral kalau tak silap. Tak pernah cuba lagi. Nak cuba lauk yang tak pernah buat masa bulan puasa ni agak risiko juga. Kalau tak sedap, memang nayaaa.

    ReplyDelete
  11. dari dulu nak buat tapi x buat2 jg hahaha

    ReplyDelete
  12. Langsung basah mulut lihat ini 😂😂😂. Rasa nak makan segera. Tapi kalo saya tak pakai bawang tuh kak 😅. Tak suka bawang mentah 😂🤭

    ReplyDelete