Tips Mudah Capai Selawat 1000x sehari

Ammi nak berkongsi tentang tips capai selawat 1000x sehari.

Berselawatlah ke atas Nabi kerana Bagindalah yang akan memberi syafaat buat kita disana kelak.

Nak mulakan memang susah sebab itu bukan perkara yang kita lazimi setiap hari.  Terutamanya bila masuk kereta, benda pertama kita buat adalah on radio pastu bila keluar lagu kita nyanyi bersama-sama.  Betulkan??? Sebab sama je macam ammi dulu.  Sekarang pun sama juga cuma dah ada kesedaranlah sikit.

Masa ammi mula-mula berzikir dan berselawat mata tu asyik pandang je kat "counter".  Ehhhh lambatnya nak sampai seratus.  Padahal kalau kau nyanyi 15 minit back-to-back sikit pun tak terasa.

Sesungguhnya hebat permainan syaitan!


Jomlah kita mula sikit-sikit.

Pedih je hati baca ayat terakhir tu...ibarat "sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan".


Sejujurnya ammi tak pandai pakai tasbih.  Ammi selalu lost count bila guna tasbih.  Ammi berselawat atau berzikir guna zikir counter tu je.  Gi mydin beli je sepeket tu tak sampai RM10 pun.  

Tang dia kata "ada circle atau geng selawat"... yang ini memang sangat betul.  Ammi mulakan dengan "memaksa" diri.  Dalam group mengaji ammi, ada juga dibuat group tahlil dan selawat. Ammi join grup ni sebagai motivasi untuk ammi.  Jadi nak tak nak ammi paksa juga diri untuk berselawat sebab setiap minggu akan dikumpulkan jumlah selawat kita dan seterusnya kita hadiahkan selawat ini buat baginda Rasullullah.


See tiada paksaan.  Selawat 100 seminggu pun tak ada siapa larang.  Masa mula-mula gitulah ammi.  Kedekut nau nak berselawat.  Macamkan setiap selawat tu kena bayar duit. Lama-kelamaan rasa mudah juga selawat ni.  Lagi pun kami cuma buat selawat Jibril saja.  Pendek je.


Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda kelak.

(Credit buat Geng 5AM yang hasilkan info grafik ini.  Semoga bermanfaat buat semua)

Post a Comment

15 Comments

  1. nice sharing kak... sy beli tasbih digital.. senang nak kira

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kita amalkan. Terima kasih Ammi share.

    ReplyDelete
  3. Terbaik sharing ammi yang ni.

    ReplyDelete
  4. wajah orang berselawat ada seri tersendiri ....orang kata ada nur...jadi jangan berhenti berselawat

    ReplyDelete
  5. terima kasih amni.. lady xpernah capai seribu rsnye.. bila dah sampai 400 mood kelaut.. ia rs mcm penat mulut.. padahal kalau nyanyi xdenye mulut penat.. huhuhuhuhu..

    ReplyDelete
  6. inshaAllah sama-sama kita amalkan. TQ ammi share :)

    ReplyDelete
  7. Saya juga lebih suka pakai zikir counter kak. Kalo pakai tasbih tak sanggub ingat jumlahnya .😅. Sebenarnya memang tak berat mencapai angka 1000. Tapi terkadang godaan syaitan LBH kuat kan

    ReplyDelete
  8. Tk perkongsiannya
    Jadikan berselawat amalan harian

    ReplyDelete
  9. sy guna tasbih digital
    kalau malas, sy buat 200x lps solat
    kalau rajin time drive dlm sejam tu dah boleh dpt 1K selawat

    ReplyDelete
  10. sibuknya manusia sampai susah nak selawat. Saya lah tu. aishh terima kasih remind

    ReplyDelete
  11. Semoga kita dpt mencapai 1000 selawat setiap hari :D

    ReplyDelete
  12. Selawat Ibrahimiah la yg sahih

    ReplyDelete