3 tahun sudah berlalu.

3 tahun lepas pada tarikh ini, Kyra mendaftar buat pertama kalinya sebagai pelajar asrama tingkatan 1 dan wajib tinggal di asrama sebab dia di dalam kelas aliran agama di sekolah harian biasa.  

Ammi tak ingat bila tarikh mula masuk ke tingkatan 1 tapi sebelum pelajar dibenarkan kembali ke sekolah secara fizikal dorang dah belajar secara online dulu dirumah.



Caption tak boleh blah betul seketul emak ni.

2021 adalah tahun pertama pelajar masuk ke asrama "sendiri" tanpa ada ibu atau ayah yang tolong angkut barang, kemaskan locker.  Ammi menyaksikan ada pelajar perempuan tingkatan 1 yang menangis sebab letih kena angkut barang turun naik dorm dan dorm dia pulak di tingkat 3.  Acik faham sangat perasaan tu dan ammi pun sebak sama sebab anak ammi pun lalui apa yang budak tu lalui cumanya dorm Kyra masa tu di tingkat 2.


Luggage tu besar tau.  

Dan ammi ingat lagi abah cakap kat anak dara dia, naik tangga tak perlu nak angkat bag tu.  Seret je bag tu, roda dia pecah biarlah pecah.


Mak ayah pandang dari jauh je anak-anak angkut barang naik sendiri.  Sedih tau masa ni...rasa macam alahai kesiannya.  Dan malam tu mulalah episod abah gelisah tak tentu hala.  "Kakak makan apa agaknya, pandai tak dia kemas locker dia?"...

Sekarang 2024 dan anak ini sudah di tingkatan 4.  Anak ini sudah tidak berada disekolah ini kerana kami ambil keputusan untuk pindah ke sekolah yang ada aliran agama di Seremban.  

Alhamdulillah di tingkatan 4, masih layak untuk meneruskan aliran agama dan Alhamdulillah juga terpilih untuk berada di dalam aliran sains tulen macam yang diimpikan.

Dah capai apa yang awak nak....kenalah struggle lebih sikit sebab ammi tengok subjek dia pun ammi ngeri.  Ada subjek teras BM, Eng, Math, Sejarah.  Pastu elektifnya ada 7 (Kimia, Fizik, Bio, Add Math, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Bahasa Arab).  Ammi dulu matematik biasa pun tak berapa nak lepas ahaksss.