Aswad dah dipasangkan pertahanan

Jumaat 5.4.2024 few days before Hari Raya, ammi dah buat appointment untuk mandulkan Aswad.  Dalam pukul 9 lebih ammi dan abah dah gerak ke Nilai sebab banyak lagi urusan kami.  Nak hantar Aswad ke klinik, ambil langsir yang dah ditempah di Nilai 3 tu.  Pastu rush balik sebab Abahnya nak menjemput Khilfi di Melaka pulak.


Gambar ni masa usia Aswad belum lagi 1 bulan.  Masa ni ammi tak tau pun dia ni betina.  Tu yang ok je bila Ozil dok namakan dia Aswad.  Gaya macam jantan...sekali hmmmm.



Ahad 7.4.2024 ammi menjemput dia dari klinik.  Kesian betul ammi tengok maknya kat rumah bila anak dia tak ada.  Semua bilik dia masuk cari anak dia, sampai tak lalu makan.

Ni dah hampir baik dah.  Dah digasaknya melompat sana panjat sana-sini.  Bergurau lari berkejaran dengan maknya kat dalam rumah.

Tapi, walaupun dah dimandulkan, tetap nak minum susu maknya lagi.  Ehhhhh anje-anje nau awak ni Aswad.


Nampak je mak dia baring gini, dia main terjah je.  Untunglah kamu ye takyah nak kongsi-kongsi dengan adik-beradik lain.


Tak senang betul hidup maknya...dia kemana anak dia ni ngekor mintak susu.  Padahal kuat makan tau si Aswad ni.  Ammi biasanya awal pagi akan siapkan makanan basah dorang sekor semangkuk.  Lepas dia habiskan mangkuk dia, dia settlekan jugak mangkuk yang lain.  Memang ibarat majlis bandaraya si Aswad ni.


Hahahaha...stress je member bila mak dia tendang dia.  Ater...maknya jenuh panjat tempat iron ni nak 'healing'.  Datang juga si kecik ni ngacau. 

Lepas ni ammi tak risau dah Aswad ni keluar rumah.  Ammi perati haritu bila Aswad keluar je dah ada 2-3 ekor kucing jantan dah aim depan rumah.  Tau je korang ye rumah ammi ada anak dara sunti.  

Post a Comment

10 Comments

  1. Comel aswad. Warna macam kucing Syu dulu. Specky nama dia 🤣. BTW, Selamat hari raya Ammi. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  2. aswad ni sama besar dengan ibunya dah...

    ReplyDelete
  3. Tak lama boleh tukar nama Aswad ke Debab 🤣

    ReplyDelete
  4. sama besar dgn ibu dah si Aswad hehehe

    ReplyDelete
  5. bagus ammi jaga anak dara sunti betul2 :)

    ReplyDelete
  6. lepas ni makin naik la badan aswad makin montel..anak tunggal juga ye Aswad ni mcm dakPia la haha

    ReplyDelete
  7. dah macam adik badik je..bukan macam mak ngan anak..lepas ni gemuk la aswad...

    ReplyDelete
  8. comelnya nama Aswad.. ha ha ha..

    ReplyDelete
  9. Nohhh betina rupanya. Kena tukar nama lah gitu Ammi. Kesian member kena tendang dengan mak sendiri. Tak rilek betul maknya. hihi...

    ReplyDelete
  10. Aisssh si Mak nya itu persiiiis dengan kucing saya, Mimi. 😍. Bulunya miriiiip.

    Betul kak, kalo dah disetril, dah tenang kita kan. Tak kuatir beranak Pinak

    ReplyDelete