Jumaat lepas waktu ammi kerja dari rumah yang kerjalah sangat tu, ammi ambil peluang untuk buat ibu sambal.
Buat lebih sikit supaya kita boleh freezekan. Nanti masa raya kalau ada orang terjah rumah tiba-tiba bolehlah kita buat mihun goreng ke, apa-apa yang mudah.
Dan kalau abah nak masak pun senang, tak perlulah beriya abahnya nak menyambal.
Arwah mama dulu kalau buat sambal banyak-banyak gini dia suka masak kat bawah. Dia alas surat khabar banyak-banyak. Tapi ammi ni malaslah pulak nak angkut-angkut dapur.
Bersepah-sepah percikan kat dinding dan baju bagai. Itu pun mujur juga ammi guna penutup, kalau tak rasanya lagi hauk rupa dinding tu.
6 Comments
kalau kat rumah uncle ni... lap-lap dinding dapur ni memang task uncle... .huhuhu
ReplyDeleteOwhh ada ibu sambal erk
ReplyDeleteBapak sambal ada tak?
Haaa..part ni memang stress lah kita Ammi. Bab nak buat sambal banyak macam ni tak sah kalau tak melompat lebih jauh dari kuali. Bab letop terpecik-percik tu kalau kena tangan, aduhaii..perit juga.
ReplyDeleteKann..kalau tak ditutup, mural apalah yang akan terbentuk di dinding tu.
lepas masak dinding dapur memang standard la jadi cenggitu...
ReplyDeletelinda tak reti pulak buat ibu sambal nie...kikiki...
ReplyDeleteIni samaaa macam mama saya. Kalo bikin banyaaak. Pakai alas koran di garasi 😄. Saya suka sambal, tapi tak nak buat banyak2 sangat. Takut juga rasa berubah 🤣. Apalagi saya pun tak pandai2 sangat memasak.
ReplyDelete