Nak letak jelah kat sini gambar-gambar random di majlis persandingan anak buah ammi.
Selesai sudah majlis kamu berdua Adib & Fatin.
Ala...ammi takdelah rendah sangat. Pengantin pompuan tu yang pakai high heels. Ahaksss.
4 orang adik beradik lelaki...out of 12.
12 orang adik beradik abah.
Yang maroon mak pengantin...ok kita paham sebab apa baju dia lain.
Masalahnya kenapa makngah tu pun tak pakai kain sama, tudung tak sama? Memang perangai sungguh ye makngah. Dah cakap jangan dibawak perangai anak no. 2 kita ni merata. Nak juga dibawanya. Anak buah ammi si Adam tu siap cakap "tak makngahlah kalau dia sama macam orang lain...".
Bersama pasangan masing-masing.
Ha...ternyata pasangan makngah pun sama...tak pakai baju bunga juga. Adoyaiiiii...
Sangat tak reti bergambar ye seketul ammi ni. Gitulah gaya yang dia reti buat.
Ehhhh...tumpang bagi laluan jap.
Mujur ada anak-anak buah yang nak godek tudung ammi ni..kalau tak entah apa rupa agaknya ammi pagi tu.
Our big family yang tak lengkap quorumnya. Biasalah tu bila dah beranak pinak ni. Ada yang kena kerja, ada yang ehhhh anak kat toilet, anak berlari perlu dikejar. Anak hilang entah kemana.
Dan rupa-rupanya...wedding plannernya bekas abang ipar adik lelaki ammi. Alahaiiii...kecilnya dunia kita ni ye.
Bulan 8 nanti insyaallah ada sorang lagi. Apa temanya entahlah. Mandak follow je.
10 Comments
tergelak kita baca cerita hal makngah...hahaha habis tu kain bunga2 yang makngah dapat tu dia buat apa?jangan makngah pakai kain bunga2 yg kenduri kali ni utk kenduri bulan 8 nnt plk ye hahaha
ReplyDeleteSHRMZDB Ammi. Lama tak singgah di sini.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat anak buah ammi, semoga berbahagia selalu dgn pasangannya. Wah, semua sedondon. Pengantin belanja kain ke tu? Hehe. Mak Ngah tu anak no. 2 ye? Mmg anak no.2 lain dari yg lain.
ReplyDeleteMerah Mak Ngah yer Mak Ngah ðŸ¤
ReplyDeleteramai sungguh yang kahwin lepas raya ni... selamat pengantin baru kepada yg baru, selamat pengantin lama bagi yang lama.. semoga kita semua ni sabar dalam menempuhi alam rumahtangga, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. ameeennnnn
ReplyDeletebest if dpt attend wedding family sbb mcm big gathering kan
ReplyDeleteSemua baju sama sedondon la...cantik plak tema baby blue ni
ReplyDeletealhamdulillah..meriah & mcm2 ragam ye bila berkumpul ramai2 mcm ni... bulan 8 sekali lagi yer...
ReplyDeleteSeronok dapat melengkapkan adik beradik ni. Anak no.2 ni lain macam ek. Kita kena tempias lah sebab belah encik suami kita kena jadi Makngah, Makngah behave sebab anak bongsu. hihi...
ReplyDeleteHahahaha I feel you sangat kak ammi. Saya pun tak suka foto2, dan kalau disuruh pakai baju yg warna atau model tak sesuai dengan saya, confirm tak pakai 🤣🤣.
ReplyDeleteTapi at least baju Kaka sudah mendekati mirip 😄