Ya Allah, lately ni lagu "shik shak shook, shik shak shook" tu menghantui dan berputar-putar diminda ammi. Semak betul rasa.
Situasi ini dinamakan Earworms.
Tips Untuk Menghentikan Ear Worms
Dengarkan keseluruhan lagu.
Menikmati keseluruhan lagu dapat menghilangkan sesetengah rangkap lagu "terperangkap pada gelung" di kepala anda.
Tambah variasi lagu dalam fikiran
Fikirkan atau dengar lagu lain yang lebih anda sukai, atau fikirkan lagu kebangsaan. Berzikir juga mampu membantu.
Abaikan
Cuba untuk tidak memikirkannya dan biarkan ia lenyap secara semula jadi dengan sendirinya.
Sibukkan Diri
Sibukkan dengan diri perkara yang boleh membuatkan anda lupa tentang rangkap lagu tersebut.
Adakah ia bahaya?
Kadangkala ia berlaku dengan gangguan obsesif-kompulsif, sindrom psikotik, sakit kepala migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis-apabila anda terus mendengar bunyi lama selepas ia hilang.
Dalam kebanyakan kes, cacing telinga adalah NEUTRAL, tidak serius, malah mungkin sebahagian daripada proses kreatif otak anda.
Cacing telinga yang berterusan (bertahan lebih daripada 24 jam) mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lebih serius. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan jika ia berterusan.
7 Comments
Hahaha..lagu ni pun menghantui saya. Asyik keluar FYP je, itu yang melekat tu. Kena dengar yang lain pulak lah.
ReplyDeleteAkak rela pilih ABAIKAN aje...malas amik tau..tapi sesekali terdengar tu memang sakit hati
ReplyDeleteoh hahahhaha tp bg dana ok je kalau terngiang2 hehehe
ReplyDeleteMujurlah tak berjangkit...
ReplyDeleteEarworms ni pernah rasa kalau dengar lagu tu berulang-ulang....tiba2 teringat lagi....
ReplyDeletelagu apa tu yang ammi dok ulang2 tu???
ReplyDeleteyg nie dok teringat2... ALAMAK.. tu je lah...hahaha
Hahahahaha saya tahu juga lagu nih. Memang laah bising. Tak sukaaa. Tapi tetap saja terdengar ,apalagi kalo muncul di feed IG kan. Banyak sangat 🤣
ReplyDelete