Si bujang oren ni sekarangkan, mementang dia sekor je jantan kat dalam rumah. Dia belagak tau. Habis 3 ketul betina dalam rumah ni dia kejar. Kejar sampai terhantuk sana-sini. Sampai kaki kitorang pun kadang-kadang bercalar sebab yang kena kejar tu main lompat je nak selamatkan diri.
Bila yang 3 ekor tu lepas lari keluar ikut grill, dia je tak lepas (sebab tak muat) dia main kejar-kejar sorang-sorang dalam rumah. Habis segala benda dia langgar, dia panjat atas kerusi kat meja makan pastu dia kuis cawan, alas meja biar semua jatuh. Ehhhh kau.
Ammi tengah sapu rumah habis dia kuis-kuis sampah dan habuk tu. Itu pun jadi dia nak buat main. Ammi hangin, ammi jeritkan nama dia pastu jentik telinga.
Kejap tu tengok dia dok healing kat tepi sinki dapur. Lama kat situ. Ammi panggil toleh pun tidak. Selalu kalau ammi panggil "encem boy ammi" mesti dia toleh. Ni bergerak telinga pun tidak.
Mesti dia fikir, "tingkap terbuka, nak keluar ke, nak stay". Ahaksss.
9 Comments
terhibur je layan anak2 bulus ni kan? buat peneman walaupun ada masa mcm ni la..geram je kan
ReplyDeletelebat betul bulu ekor tuuuu...err tak luruh ker bulu2 si bulus ni? kat rumah my mom kat kg, bulu2 kucing my kakak selalu luruh dan terbang merata2
ReplyDeletehahaha...
ReplyDeleteke dia tengah terfikir, nak lari dari rumah ke tak nak....
hahahaha...adeh...bab ni sensitif...tgh risau ni...
ReplyDeleteMerajuk la tu kena jentik telinga hihi...
ReplyDeleteGelagat kucing ni pelbagai ragam juga kadang tu
ReplyDeleteYa ampunnnn...Dapat bayangkan camne dorang lari sana sini sampai terhantuk tu. Asalkan dapat lari, langgar pun langgar lah kan. Tengah cari jalan macamana nak meloloskan diri agaknya tu. Awas Ammi..sila perati encem boi sorang ni. Tahu-tahu lesap je karang.
ReplyDeleteHahahahah itu normal kak 🤣. Kucing saya pun walo steril, lari2 dan kadang kawin masih nak. Tapi jarang kalo nak kawin. Cuma semangat larinya masih kuat membara 🤣🤣
ReplyDeleteComei Oyen dari belakang. Kadang angin galak depa mai, memang camtu, kucing-kucing. Habis la, lari sana, lari sini.
ReplyDelete