Kasut baru

Jumaat masa kami sampai di homestay tu abang ipar ammi dah ada.  Dia dari jauh dah gamit anak buah no. 2 dia.  

"Eh Mozac! kemari kamu".  Hahhaha...memang gitulah panggilan untuk dia sekarang ni.  Pakcik Alim dan PakPisnya panggil gitu.  Mentang-mentang 2 ketul pakcik ni pun budak Mozac jugak dulu...dia sakat kaw-kaw anakbuahnya ni.  MakLang walaupun budak Mozac juga dulu masih lagi panggil si bujang ni dengan panggilan manja dia "Pipi".

"Nah ini untuk kamu, jauh pakcik bawak dari London".  Wahhhhh sebuah kotak kasut warna oren.  

Khilfi pun macam...seriouslah pakcik?

Ingatkan main-main dari London, rupanya memang betul abang ipar ammi ni ke London atas urusan kerja.  Dia sebenarnya belikan kasut ni untuk anak dia, tup-tup ketat kat anak dia dan dalam ramai-ramai anak buah lelaki, otak dia ingat Khilfi je.  Alhamdulillah....muat cun-cun.  Kalau Khilfi tak muat confirm ammi muat sebab sekarang ni kami berkongsi kasut.  Ahaksss.


Seketul alumni Mozac dan seketul pelajar Mozac.  Sepatutnya haritu kena ambil gambar semua yang pernah belajar kat Mozac.  Barulah boleh buat company nama "Mozac Bersaudara".  Next meet up kita ambik satu buat kenangan.

Esoknya di hari majlis terus je seketul anak ni pakai kasut pemberian pakciknya.  



"Kasut ni abang taknak bawak pergi asrama, kalau hilang nanti menyesal", katanya.  Memanglah...ingat ammi nak bagi abang bawak kasut ni gi hostel?  Lamberttttt lagi.

Terima kasih Banchik.  Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

Post a Comment

10 Comments

  1. Alhamdulillah rezeki Khilfi...jauh tu dari London..kasut idaman aunty SA jugak ni tau

    ReplyDelete
  2. Untungnya Khilfi dapat kasut dari London! Memang sayanglah kalau bawa ke asrama, takut hilang pula.....baik simpan saja di rumah.

    ReplyDelete
  3. Ni betul2 rezeki tak terduga 😍 alhamdulillah merasa la Khilfi pakai kasut dari London. Mahal tu hehe.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...rezeki Khifli tu...kasut naik kapal terbang lagi tu

    ReplyDelete
  5. cantik..rezeki Khifli la tu..
    betul..selipar jepun pun boleh hilang apa lagi kasut cun ni.. jangan la cari pasal kan

    ReplyDelete
  6. best brand ni! my boys sukaaaa selain brand adidas

    ReplyDelete
  7. Rezeki Khilfi dapat kasut baru. Kalau dah nama rezeki, tak kemana. Naya kalau bawa asrama ni.

    ReplyDelete
  8. Waah rezeki abang. Dapat Nike Blazer Series 😍😍. Suami saya penyuka Nike. Jadi saya tahu Macam2 seriesnya 😄. Memang dah rezeki dapat sepatu dari London ☺️

    ReplyDelete