Ke Pantai Siring lagi

Hantar Khilfi pulang semula ke asrama lepas raya pada 14.4.2024.  Hari Rabu 17.4.2024 cikgu update dalam Telegram yang anak-anak diberi kelonggaran untuk pulang pilihan sebab ramai ibu ayah yang request nak pergi "beraya" bersama anak-anak diasrama.  Tang ini ammi tak faham dengan ibu ayah sekarang.  Setiap minggu nak melawat, setiap minggu nak outing, setiap minggu tanya boleh balik ke tidak.  Helloooooooo...anak korang kat sekolah asrama wei.  

Jadi kebetulan Khilfi call petang tu tanyalah terus dia nak balik ke nak stay.  Dia kata mana-mana pun boleh jadi abah kata, baliklah.  

Tu yang hari Jumaat, lepas jemput kakak dan Ozil dari sekolah kami terus je shoot ke Melaka.  Bus ke-3 daripada masjid (untuk solat Jumaat) barulah nampak bayang anak bujang ni turun bus.  Bus 1 & 2 biasalah untuk abang-abang senior.  

Jemput dia terus je kami ke Pantai Siring sebab masa pergi dulu tu ammi tak dapat nak makan mee bandung.  Dulu cuma makan celup tepung je.

Walaupun baru je dalam minggu yang sama dikejutkan dengan berita ada nelayan yang berani tangkap buaya tembaga sepanjang kira-kira 5 meter, tapi ala buaya tu dah ditangkap dah pun.  Bukan dia lari berkeliaran.  Kalau anjing liar ke, pengganas ke risau gak.  Ni buaya yang kalau dia bergerak berapa laju je dia boleh pergi.  Uihhhh cakap besar kau ye Sharmila! Lagipun bukannya kita nak makan dalam laut tu.  Kita makan kat tepi-tepi je.

Kali ni Alhamdulillah, ammi dapat makan mee bandung.


Entahlah kenapa dari dulu ammi suka mee bandung.


Dah alang-alang sampai kita order lagi sekali.


Anak-anak dan suami order la juga ikut selera masing-masing.  Nama pun waktu makan tengahari.  

Selesai disini, teruslah gerak balik Seremban.  Hampir-hampir nak Maghrib baru sampai sebab jam teruk di highway.

Ada satu kes yang melibat Khilfi dan senior dari dorm lain (ini ammi cerita kemudian).  Ammi fikir cerita ni dah selesai masa minggu cuti beraya, rupa-rupanya ada dendam yang membara.

Post a Comment

7 Comments

  1. waaa terliur laaa ---errrr i baca entry u ni tghari time puasa heheheh

    ReplyDelete
  2. jadual PB diaorang blh ikut permintaan parents ke ammi?yang dekat seronok la sentiasa dapat balik.
    Pia dah sebulan lebih kat sana belum boleh outing lagi,jenuh nak tunggu masa bila boleh bawa keluar

    ReplyDelete
  3. share la alamat..mana tau kak SA leh pi ngan Dania...Dania cuti 3 bulan nanti ni...alamak..pasal apa tu..ada dendam membara tu...

    ReplyDelete
  4. Saya pun peminat mi bandung juga. Kita geng Ammi! Dulu pergi sini nak cuba seafood celup tepung pun tak dapat. Inikan nak cuba mi bandung. harap ada rezeki lah nanti kalau singgah ke pantai siring. Uishh sekarang bukan musim gajah je, musim buaya pun sama naik. Risau kalau dia bertandang ke darat tu. Seram..dia lari laju Ammi.

    Kes berbangkit ke camne tu? Harap semuanya baik baik je.

    ReplyDelete
  5. Mee bandung ini saya belum coba lagi. Semoga nanti bisa coba saat di KL. Penasaran sangat. 🤤.

    Waah ada apa dengan khilfi nih kak. Seram juga ada Kata2 dendam.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap, mee bandungnya. Saya pun suka gak.
    Udang dan ikan celup tepung dia pun nampak best.

    ReplyDelete