Balik dari Banting, ammi gunakan kuasa veto ajak semua bergotong-royong bersihkan kubur.
Mula-mula kitorang nak bersihkan hari last puasa tu. Memang dah siapkan barang semua sekali lepas Asar hujan lebat selebat-lebatnya pulak. Bersyukurlah hujan lepas berhari-hari panas terik. Sejuk sikit suasana malam raya.
Plannya, lepas bersih kubur balik mandi nak berbuka diluar. Disebabkan hujan, jadi berbukalah kami dengan apa je yang ada kat rumah tu. Memang sampai hampir ke Maghrib tak reda hujannya.
Keluarkan lauk pauk yang berbaki dalam peti sejuk, dan makanlah juga lauk raya. Anak-anak menggelitis nak makan mee segera. Disebabkan ini last day berpuasa...silakanlah anak-anak.
Balik dari Banting tu singgah ke kubur mama dulu sebab kubur mama di Ainsdale . Kubur mama masih baru jadi masih dijaga rapi lagi. Ada sikit je rumput naik ditepi-tepi. Yang paling beriya bersihkan kubur Muma, cabut rumput walaupun yang baru nak tumbuh tu si Daniel (yang berbaju biru kat bawah ni). Menunduk je dia masa bersihkan. Kita bagilah dia layan perasaan...kita pun tau inilah cucu terpaling attach dengan Muma dan masa kecik dia rela tak ikut baba mama dia berjalan sebab nak berkepit 24/7 dengan Muma dia.
Lepas Asar kita set jumpa di kubur arwah aca & mimi di Makam Haji Said.
Bersihkan kubur arwah adik ammi dulu. Cuci-cuci kulat. Nampak macam ada orang yang potong rumputnya. Masa kami datang dulu, memang tinggi sungguh rumput sampai takut juga nak jalan kot-kotlah ada yang merayap.
Khilfi tak pernah bersua muka dengan arwah adik ammi. Yelah adik ammi meninggal tahun 2004 dan Khilfi lahir tahun 2010. Yang pernah jumpa arwah adik ammi cuma Alya dan Daniel je. Tapi dorang pun kecik sangat masa tu.
Selesai di kubur mimi kita gerak naik ke kubur aca pulak. Dibarisan yang sama cuma sorang di atas bukit sorang dibawah bukit.
Ada anak-anak bujang ni senang sikit kerja ammi. Daniel siap cakap "ammi leklek kat tepi je...biar kitorang buat".
Bersih sudah.
Lepas ni nak kena cari pasir nak tambah je sebab kubur aca & mimi 2-2 dilereng bukit. Memang mendap tanahnya.
Ca, I came with your sons-in-law and grandchildren to clean up Mimi's and your new home. I'll come again later to top up soil and get some nice small stones for both of you.
10 Comments
Innalillahiwainnailaihirojiuuunnn... :(
ReplyDeleteLast day puasa tu kira macam tak kisah dah nak berbuka apa. Apa yang ada je lah kan. Sebab esok nak raya dah. Baguslah dorang rajin. Ammi memang boleh rileks je lah dok tepi.
ReplyDeleteabe kie gi zirah kubur ibu n ayah pd pagi raya pertama. Acu je nak baca surah Yassin, tetiba hujan turun dgn lebatnya. Terpaksalah baca dlm kereta je...
ReplyDeleteAlhamdulillah satu aktiviti yg baik utk memberi pengajaran pada anak2.. dan ziarah ke kubur pun sgtlah digalakkan di dalam islam. Moga anak2 saya esok besar pun suka ke pusara atuk nenek mereka :D
ReplyDeleteRajin sama-sama bersihkan kubur.
ReplyDeletewah gentleman la Daniel bagus dia
ReplyDeleteseronok anak-anak rajin & bagi ammi rehat hehe
ReplyDeleteKat kampung suami saya pulak, biasanya raya ke-2 berduyun2 org datang melawat dan membersihkan kubur. Dah macam pesta keramaian pulak, siap ada Rela pantau laluan trafik keluar masuk kawasan kubur. Tahun ni saya tak ikut sbb drama beg hilang di langit biru, so takde baju harian nak dipakai utk ke kubur.
ReplyDeleteTiap kali datang ke kubur keluarga seperti ini, terasaaa sangat haru nya yaa ☺️. Rindu kuat sangat. Bagus tuh, sama2 membersihkan kubur, jadi anak2' pun tahu kubur para keluarga mereka.
ReplyDeleteKemarin pun saya ajak anak2' utk ziarah ke kubur mama papa dr suami , juga adik bungsu suami yg berpulang sejak kecil lagi.
touching moments :(
ReplyDelete