Biasanya kalau di akhir sessi persekolahan, ammi jarang buang buku tulis anak gitu je.  Ammi akan koyakkan bahagian kertas yang tak digunakan dan simpan dalam satu fail.

Kertas tu nanti ammi guna untuk tulis-tulis, buat latihan anak, dan fungsi terbaru jadi tempat alas kuih ala-ala doily paper gitu.  


Buat bulat pastu gunting.  Menggunting pun tangan ko kejung Sharmila.  Apalah nak jadi.


Haaa...pastu kita guna untuk susun kuih raya.

Tak perlulah nak membazir beli kertas kajanglah, kertas minyaklah.  Guna jelah apa yang ada kat rumah.

Setakat hari ni ammi baru ada sejenis ni jelah kuih....korang dah ada berapa jenis?