Semalam Facebook keluarkan memori 18 April untuk 5 tahun lepas, dan memori ini tinggallah sebagai kenangan kerana salah seorang dari kami dalam gambar ini dah berada di alam yang lain.


Arwah Ina masa tu masuk ke hospital di Shah Alam.  Dia buat pembedahan buang rahim kalau tak silap sebab kanser dah merebak ke situ.  2 hari kemudian nak dibuat satu lagi pembedahan sebab ada tisu lain yang juga dijangkiti.  Cepat betul kanser tu buat kerja dia.

Ammi ni dapat tau dia kat hospital terus je call kawan ammi si Bian Kip ni.


Ammi: Kip, free tak lepas kerja?
Kip: Apsal? Apa projek?
Ammi: Bawak aku gi tengok Ina kat hospital.
Kip: Ok set...
Ammi:  Kau nak aku tunggu kat mana?
Kip:  Kau settle anak dan laki kau, nanti aku ambik dekat rumah.


Kip ni kawan terpaling ada dimana-mana.  Kau ada benda nak share, kau ada masalah he is just a phone call away.  Kau ada majlis birthday, kenduri, even kematian sekali pun dia mesti datang walaupun lambat.  

Dugaan kitorang nak pergi ziarah Ina ni pun boleh tahan.  Rumah Bian Kip di Seri Kembangan, dia ambil ammi dia  Bandar Tasik Selatan dan kitorang pun pergilah ke destinasi di KPJ Shah Alam.  Dengan hujan dan jalan yang jamnya.

Tengah-tengah jam tu boleh pulak Apek ni nak yak-yak.  Sejenis tak reti nak yak-yak kat pump minyak, pastu sanggup berhenti kat hotel apa ntah otw nak ke hospital tu semata-mata nak lepaskan hajat dia.  Hadoiiilah.

Kami sampai hospital pun sekitar 9 malam.  Risau juga sebab yalah nak melawat orang sakit..pastu gi memalam.  Rupanya kat bilik arwah Ina dah macam pasar borong.  Semua pesakit ada pelawat.


11.03.2022 arwah pergi tinggalkan kami semua.

Al-Fatihah buat sahabat dunia akhiratku Julianawati Johar Ariffin.