Kondangan di Banting

20.4.2024 kami menghadiri jemputan majlis persandingan anak-anak buah (anak kepada sepupu ammi) di Dewan Sri Jugra, Banting.

Dua orang sekali anak buah naik pelamin serentak.  Sonang kojo.

Ammi gerak awal juga sebab anak buah ammi si Alya tu pun ikut sekali.  Dia kena kerja jam 2 petang nanti.  Jadi kita gerak awal supaya boleh balik awal.  Lagipun ada tetamu nak datang beraya di rumah malam nanti.


Ammi tak sempat pun jumpa pengantin si Azim & Effa.
Semoga berbahagialah bersama pasangan masing-masing.
Isteri Azim muallaf rupanya.  Patutlah masa ammi datang ammi nampak ada satu meja yang dipenuhi dengan Chinese family.  Family mertua Azim rupanya.

Didik isteri tu elok-elok ye Zim.


Bersama along ammi, Kak Leha along kepada mak pengantin, dan Kak Ros kakak ipar mak pengantin


Bersama Kak Yot, mak pengantin.

Masa kecik ammi suka ke rumah mak kak yot ni di Seremban.  Dan ammi suka kalau kak yot ada dirumah sebab alahaiiiii dia ni lemah lembut je melayan adik sepupu dia.  Dia akan sikat rambut ammi, kadang-kadang shampoo kan, pastu dia tocangkan.

Selesai disini ammi terus ke kedai kerepek di Banting.  Beli 2-3 jenis kerepek buat stok kudap-kudapan di rumah.  Beli juga stok kuah pecal dan kami pun teruslah balik.

Post a Comment

8 Comments

  1. Terus google kondangan tu ape, jemputan rupanya. Senang buat kerja kahwin serentak kan. Banyak boleh jimat tu. Nak menjemput pun senang. Selamat pengantin baru buat pengantin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh saya pikir kondangan bahasa yg biasa dipakai di Malaysia juga. Ternyata tak yaa. Kalau saya langsung tahu artinya, karena memang sering dipakai di sini 😄.

      Btw, cantiiiik pelaminan dia kak ammi 😍😍😍

      Delete
  2. Di Banting senang nak dapat kerepek dan kuah pecal. Waktu belajar dulu tinggal sebilik dengan kawan-kawan dari Banting. Selalulah diorang bawa bekal kerepek dan kuah pecal dari kampung. Kuah pecal yang kering tu kami makan dengan nsi.

    ReplyDelete
  3. Saya pun google juga, apa itu kondangan. Jemputan rupanya.. :D

    ReplyDelete
  4. Suspens tgk perkataan kondangan tu

    ReplyDelete
  5. Kodangan ni belah suami je pakai... wong jowo kannn... Kita orang Pahang sebut wedding invitation..hahaha

    ReplyDelete
  6. Kakak angkat CCL yang tinggal di selangor pun selalu sebut perkataan kondangan . Dulu memang tak tahu . Selepas dia bagitau maksud kondangan tu baru laa tahu . Kondangan tu jemputan

    ReplyDelete