Hari Selasa keluarga ammi dan along ammi ke Banting. Ziarah pakcik saudara ammi yang masih ada. Kiranya abang ipar arwah mamalah. Makcik ammi (Wak Bah) dah meninggal 10 tahun lepas kalau tak silap. Tinggallah Wak Shari bersama anak-anaknya.
Bertiga je kami dalam kereta. Anak lanang ammi 2-2 nak naik kereta along.
Masa kecik ammi suka ke rumah Wak Bah kalau cuti sekolah. Kami (ammi dan arwah adik) akan naik bus henti-henti dari Seremban ke Banting. Pastu naik prebet sapu sampai ke rumah pakcik ammi yang sorang lagi. Bergilir-gilirlah kami dirumah depan dan di rumah Wak Shari dan Wak Bah di belakang. Tapi ammi suka di rumah Wak Shari sebab banyak aktiviti boleh buat.
Kami petik kopi, petik koko, kacau dodol, buat kerepek bawang, tolong Wak Shari potong cengkih nak buat rokok gulung dia. Ada sekali tu ammi ni ikutlah Wak Shari bawak kopi yang dah dipetik nak dijual. 2-3 guni di basikal wak, 1 guni dibasikal ammi. Wak didepan ammi dibelakang. Hahahha...tau-tau ammi tergolek je kat tepi jalan. Bila wak toleh belakang tengok ammi takde dia pun patah balik. "Laaaaa, jatuh kok tak dipanggil Wak"...hahahha silalah baca dengan nada jawa yang pekat.
Settle menjual kopi kitorang lepak kat kedai simpang tu tengok wrestling. Ya ampun, balik dari Banting tu dengan ammi sekali terjebak minat tengok wrestling. Bila ada wrestling memalam kat TV confirm ammi tengok. Sampai arwah Aca yang tak minat wrestling pun terpaksa tengok. Yang ammi ingat Hulk Hogan, Ric Flair, Macho Man, Dusty Rhodes...yang berkumpulan tu ada Earthquake. Ehhhh janganlah diingat balik...kang terjebak lagi pulak.
Sekarang Wak Shari dah tak nampak. Pakai spek kat atas tu pun acah-acah je. Nak cakap pun kena kuat-kuat. Masa ammi pergi jumpa Wak, ammi kata ni Shila anak Jah. Alhamdulillah dia masih ingat. Bukan ammi je Wak ingat, arwah adik ammi, adik lelaki ammi semua wak masih ingat.
Semoga terus sihat Wak...
Gambar kami berlima? Tiada.
9 Comments
alhamdulillah...mudah mudahan wak shari sentiasa sihat..aamin
ReplyDeleteKita geng la Ammi, suka tengok wrestling jugak dulu² 😆
ReplyDeleteBanyak memori Ammi dgn Wak ye... Seronok dikenang
waahhhh syoknyaaa petik kopi, petik koko, kacau dodol, buat kerepek bawang! kenangan dulu-dulu mmg tak dpt dibeli semula hehe
ReplyDeleteKenangan lama yang diingat sampai bila². Selagi mereka ada, eloklah kita ziarah. Alhamdulillah ingat lagi dia ye.
ReplyDeleteammi raya kedua hari khamis kan, kalau selasa belum raya lagi heheheh
ReplyDeleteSemoga pakcik sentiasa sihat...
ReplyDeletemasih hensem lagi Wak Shari walau mata dan telinga dah tak berapa function. semoga sihat ye wak. seronoknya makan buah koko. berpuluh tahun mama tak makan
ReplyDeleteStylo betul Wak Shari ye, siap pakai spek hitam hehe. Selamat Hari Raya Ammi sekeluarga, maaf zahir & batin ✨
ReplyDeleteSkr masih bisa bahasa Jawa kak?
ReplyDeleteBisa saya bayangkan Wak shari cakap pakai logat Jawa yg kental 😄. Jawanya dari mana?