Hari Raya ke-3 baru ammi ke Melaka. Kebiasaannya sepanjang ammi berkahwin hampir 20 tahun ni...raya pertama dah ada di Melaka dan raya ke-3 kami dah ke Seremban semula sebelum kita mula bekerja.
Tahun ni disebabkan ada event keluarga di raya ke-4 maka kita tukar plan.
Awal pagi ammi dah siap-siapkan juadah untuk potluck. Kami akan menginap di Rumah Citra Kasih di Bandar Teknologi Hijau, Hang Tuah Jaya. Dah musim-musim raya ni tak kuasa nak mencari kedai makan diluar jadi kami plan untuk potluck je. Senang. Lagipun banyak mulut ni bila adik-beradik abah berkumpul.
Ammi bawa nasi impit goreng dan sambal tolo balado je.
Mula-mula plan nak buat telur ikan, tapi mencari telur ikan tak jumpa pulak...takde telur ikan kita pakai telur ayam jelah. Alhamdulillah...laku lauk telur sebab semua mesti dah muak makan ayam, daging, ayam, daging.
Untuk majlis ni kaklang ambil sekali pakej dewan perkahwinan dan rumah besar ni. Dapatlah kami adik beradik berkumpul beramai-ramai.
Bawah rumah ni ada disediakan tempat makan...jadi kat situlah kita bercempera.
Memang luas sangat rumahnya. Dalam setiap bilik ada penghawa dingin. Ruang depan ni disediakan dengan portable aircond. Tapi rumah kayu gini mana rasa panas pun.
Budak-budak sakan mandi.
Malam dorang buat pulak aktiviti main mercun dan bunga api. Asap kat belakang tu dah macam set penggambaran cerita mistik pulak.
Yang main bunga api excited dia lain macam. Yang makan-makan tak berhenti pun lain macam juga dia punya excited.
Budak-budak lepas main bunga api boleh pulak sambung main bola tetengah malam. Begitulah bila sesekali sepupu dan pakcik saudara berjumpa. Pakcik pun lupa diri, lupa lutut tu sakit.
9 Comments
Cantiknya rumah ni. Kalau buat wedding klasik sesuai sangat. Ni buat family gathering pun puas hati semua lengkap. Luas pun luas. Cantik pulak lighting asap tu, ambil gambar cantik tu. Bila berkumpul ramai ramai ni hilang sekali penat dan sakit tu. hihi...
ReplyDeleteSaya pulak terliur tengok nasi himpit goreng dan sambal tolo balado!
ReplyDeleteCantik dan luas rumah tu. Suasananya pun nampak tenang.
Wah.. Seronoknya....
ReplyDeleteTak perasan pulak ada rumah nie...
Nampak sedap nasi impit goreng tu Ammi
ReplyDeletecantik betul rumahnya kak... mesti meriah bila dah berkumpul ramai2 gini kan
ReplyDeleteAdik beradik ipar duai muafakat nih seronok kan...
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri Ammi...Maaf Zahir dan Batin...
Eh cantik la rumah ni...nak buat family day pun ok kan...anak- anak seronok beramai- ramai tu
ReplyDeleteBenar kak, rumah kayu seperti itu biasanya sejuuuk. Krn rumah mama di kampung pun macam tuh. Tak terasa hawa panas. Sukaaa sangat.
ReplyDeleteSenang lah bisa bertemu banyak saudara macam nih yaa. Memang paling benar, sewa saja tempat luas supaya bisa berkumpul ramai 👍. Ada pool pula. Confirm anak2' suka
wahhh besar sungguh rumah tu!! so nice
ReplyDelete