Salam hari Isnin.  Ammi bersiaran dari office pagi ni.  

Boss beri pilihan untuk datang atau pun tidak dan ammi pilih untuk datang sebab bukan RAJIN nau...tapi sebab nak settlekan kerja.  Esok kita start buat kayuhan raya ye.  Pastu kita berjumpa lagi di hari Isnin akan datang.

Dan harini pukul 8 dah sampai office.  Rasa macam baru je naik bus dan tidur.....tau-tau dah sampai KL.  Semoga perjalanan balik nanti aman damailah.

********************************

Sebenarnya tak tau nak letak entry apa, scroll photo nampak gambar kucing yang disandwichkan.  Kerja si Kyra la ni.  Kyra ni ada masa kalau dia geram dengan kucing ginilah perangai dia.  

Nak-nak kalau dia geram dengan Aswad yang terpaling bongsu ni.  Yang paling bongsu ni dia lupa dia tu baby.  Bila baby memanglah orang suka gomol.  Masalahnya dia tak suka langsung digomol.  Kena pegang pun tak suka.

Jadinya Kyra selalu sandwich kan dia je dalam selimut.  Cium-cium pastu....sup sap sup sap dia berjaya loloskan diri.



Kalau yg seketul oren handsome ni pulak...dia tak perlu bersusah payah nak dibungkus.  Dia sendiri datang serah diri.


Dah duduk dalam selimut tu takde pun dia sibuk meronta nak mintak keluar.  Dasar jantan suka dibelai kamu ni ya.  Mujur juga ammi dah sunatkan dia...kalau tak silap-silap 11 betina terus dia sapu...ehhhhhhh.