Hari Rabu haritu memang ammi lambat sampai ke office.  

Ammi ni elok je naik bus pukul 6.20 pagi.  Tengok driver tu memang muka baru dan bila ada sorang brother ni menyapa katanya dia driver gantian.

Pukul 7 pagi ammi perasan kami dah sampai di toll Sungai Besi.  Dan pukul 7.30 pagi terjaga dari lena ehhhhh kami masih disitu cuma sedikit kehadapan dari tol.

Driver ni belum ada kepakaran "mencocok" selepas tol tu.  Dia memang ikut je lane tu dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.

Ammi sampai bebetul di Central Market sekitar jam 8.20 pagi.  Ramai di dalam bus dah mengomel-ngomel.  Yelah mereka ada punch card yang perlu dipatuhi.  Ammi tak ada punch card tapi kalau lambat ammi sendiri yang akan rasa tak selesa.

Sampai di CM sempat lagi beli mihun goreng sebab ammi nak makan ubat.  Badan ammi macam terasa dedar semula.  Dah beli mihun goreng ammi gerak ke LRT Pasar Seni ehhhhh Roti Boy dah bukalah pulak.  Aduhaiiiii.


Belanja sarapan pagi ni adalah RM60 ribu ringgit.  Ini semua gara-gara pakcik gerai sarapan tu lah ammi terjebak dengan harga ribu-ribu ni.

30 ribu untuk mihun dan telur 30 ribu untuk roti itu.

Mari bergembira.  Tapi lepas dah makan mihun tu terasa full sungguh perut.  Roti tu kita simpan jelah buat isi perut sebelum balik.