Hari Jumaat lepas ammi kerja sebab boss ammi masuk ward.  Selalunya WFH tapi rasanya 2-3 minggu ni memang ammi kena kerja di hari Jumaat sebab ada kerja yang menanti.

Sepatutnya Jumaat lepas kalau ikut perancangan nak ke Johor sebab kakak ipar ammi ada buat kenduri.  Ammi siap tanya kak Suria Amanda dia naik bus apa selalu ke Johor.  Tapi memandangkan Kyra ada kelas tambahan petang Jumaat tu sampai ke pukul 4.30 petang walaupun cuti sekolah baru bermula, pastu malam pun dia ada online class, jadi kita wanita-wanita comel ni jaga rumah, 3 lelaki kiriman Tuhan jadi wakil ke Johor.

Kyra balik dari kelas tambahan pun abang saudara ammi yang tolong jemputkan.  Itulah kelebihan bila kau tinggal dikelilingi saudara mara.  

On the way balik kerja ammi whatsapp Kyra tanya dia nak makan apa dan dia kata "boleh tak kalau kakak nak makan instant noodle je"... dan hantar juga emoji comel mintak penampar.  Ikut sukalah.

Ammi pulak nak makan apa?  Macam tak lalu je nak berinstant noodle.


So, sampai rumah terus keluarkan meatball dan lepas Maghrib marilah kita main masak-masak sikit.

Nak guna mee sanggul, stok dah habis pulak.  Kita rebus jelah angel hair spaghetti tu pastu kita supkan dia.  Aci jelah kan...kita yang buat dia.  

Maka jadilah angel hair soup.  Pijar pulak bibir kita sebab gatal letak cili api merah ni 2 bijik.