Sabtu 18/5/2024 hari yang Ozil ada pertandingan catur tu, ammi dapat call daripada Unifi.  Dorang offer ammi guna postpaid Unifi Mobile dengan bayaran RM39.00 sebulan untuk 30GB data.  Tak ada kontrak katanya.

Ammi pun setujulah dengan syarat ammi nak kekalkan nombor ni.  Ammi happy je dengan current provider ni yang ammi dah guna sejak 2006 rasanya walaupun nombor yang sam ammi dah guna sejak 2002.  Ammi tukar dari provider lama sebab mahal nak mampssss tapi asal malam je servis kelaut.

Kemudian, Unifi pun kata dia akan courier simcard yang baru.  Bila dah dapat simcard nanti ikut je arahan yang diberi.  

Sebelum terima simcard, 3 hari selepas orang Unifi tu call, orang Digi (current provider) call ammi.  Tanya kenapa nak port out sebab ammi dah jadi loyal customer dorang bla bla bla.  Ammi pun katalah "Unifi gave me wayyyyy better offer".  Dan, dan-dan tu Digi pun offer ammi dengan harga lebih rendah dari Unifi dan datanya adalah UNLIMITED.  

Adoyaiiii korang ni.  Ammi pun setujulah.  Dah serupa lalanglah pulak seketul Sharmila ni.  Tapi tulah...duit tu duit kita, suka hati kitalah nak pilih siapakan.  Jadi bila ammi kata setuju ammi dapat SMS bila ammi type YES je auto bertukar plan ammi daripada RM90 sebulan kepada RM35 sebulan.  Haaaa beza banyakkan?  Kalau korang, korang tolak ke?



Dan ammi pun terimalah sim card dari Unifi ni.  Tapi sebab ammi dah aktifkan plan 35 dengan DiGi tu jadi ammi abaikan je kad ni seperti mana dinasihatkan (ehhhh ayat pejabat peguam pulak).


Kejap tu ehhhh...dapat pulak SMS tak puas hati dari Unifi.






Heylah korang ni...ammi ni amik pakej mur-mur jelah.  Takyahlah korang rebut-rebut ammi camni.  

Bergaduhlah korang kat situ.  Kang kita buang dua-dua kita cari company lain baru tau.   "U don't make my blood go upstairs u know".

Al-Fatihah buat allayarhamah Azean Irdawaty.  Berkesan sangat dialog dia dalam drama itu.