Berjoli berdua

Sabtu lepas memang hari santai betul.  Ammi tinggal berdua je dengan Kyra.

Ammi tidur malam Jumaat tu dekat pukul 2 juga.  Terjebak join live Crossword game kat TikTok.  Ehhhh best pulak.  Kita ni dahlah hantu crossword walaupun tak selalu dapat siapkan puzzle tu.

Alarm bunyi untuk Subuh pun kita dengar macam sipi-sipi je, mungkin tangan laju je tekan snooze tau-tau bila dia bunyi lagi sekali dah 6.30 pagi rupanya.  Biasanya lepas Subuh weekend ammi gunakan untuk mengaji sebab kalau weekdays lepas Subuh je terus panjat tangga bus nak ke pergi kerja.  Dalam bus dah tak ada toleh kiri kanan, terus je pejam mata.

Hari itu, lepas solat Subuh terus panjat katil semula.  Mengantuk sungguhlah hai.  Itulah padahnya bila dah berusia pastu sibuk nak "begadang".  Pukul 10 pagi baru rasa macam...wahhhh legaaaanyaaaaa.  Tengok pintu anak dara bertutup dan rupa-rupanya dia pun sama je macam maknya.  Kejutkan dia.  Marilah kita sarapan biskut kering cicah kopi.

Terfikir-fikir nak masak apa..sekali eh apa barang masak.  Kita berjoli la kakak.  


Late lunch di Dubuyo.  Ajak anak buah ammi, dia kerja rupanya.  


Baju ammi yang dah rasmi jadi milik dia.


Peach tea Kyra dan ammi punya Aloe Vera Punch.  Sedaplah air ni.


Ok...ammi dah lupa ammi order apa tapi dia guna suhun, ada taugeh besar tu dan sedap sangat ditekak ammi.  Kyra punya spicy tteokbokki.

Hampir nak selesai makan, si anak buah message "Ammi, wait for me.  Kakak pergi kat ammi tau".


Tembam dah budak ni.  
Nak belanja dia makan kat Dubuyo dia taknak, dia makan wrap dekat 1901 je.  Whateverlah janji awak makan.

Berjalan mengukur Seremban Prima ni.  Mencari-cari barang di Watson, Jaya Grocer, di Mr. DIY pastu dekat pukul 6 barulah reti nak balik.

Sampai rumah, solat Asar bagai dan marilah kita briskwalk.


Jadilah dapat 2.7km dalam 30mins.  Kalau melunjur kaki sesaja kat rumah sapa nak tolong bakar kalori kan?

Post a Comment

9 Comments

  1. Tuuuuu dia kemahen berjoli sampai pukul 6 baru ingat balik, hahaha. Kita sekali jer pernah makan kat dubuyo. Ada kawan sebut, dubur you.. sabar aje laaaa 🫠🫠🫠

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt bersantai2 dan berdating gini :)

    ReplyDelete
  3. Menu Kyra tu fav kak SA...pedas...hehehe....nak ajak anak dara tu dating lagi sekali..kali ni nak berdua je supaya takde gangguan org lain...

    ReplyDelete
  4. yugaejang...kawan aku suka nau makan tu....dap nya kimci kat dubuyo..yum yum
    anak buah yg keja zus tu..friendly sgt....

    ReplyDelete
  5. Kalau pergi Dubuyo ni memang akan order tteobokki dan pernah juga rasa air aloe vera tu. Sedap. Lepas tu dalam air tu boleh rasa kenyal2 ada aloe vera.

    ReplyDelete
  6. tk pernh mkn dubuyo..tp tteoboki tu fav tisya pernah mkn kt restoran korea

    ReplyDelete
  7. seronok tu girls day out!

    ReplyDelete
  8. Issshhh Korean foods ini saya sukaaa sangat. Dulu saya prefer Japanese foods lagi. Tp sejak coba Korean, ntah kenapa jadi beralih 😄😄. Apalagi kalo pedas juga.

    ReplyDelete
  9. Samalah macam anak dara Sha ini, baju kita dah jadi baju dia.. kikiki..
    Sesekali berdua-duaan kan..

    ReplyDelete