Sabtu lepas hari yang ditunggu-tunggu Ozil. Punyalah dia tak sabar nak bertanding. Sebelum azan Subuh dia dah bangun. Lain maciammmm dia punya excited.
Abah gi isi minyak sebelum hantar dia pun dia gelisah. "ala...kalau tak tambah minyak tak boleh ke?".... Aterrrr kalau kereta tak bergerak karang lagi haru kita nak jalan kaki ke tempat pertandingan tu nak oooiii..
Ini first time dia masuk pertandingan catur. Dia pun tak ada gambaran macam mana pertandingan tu. Lepas Arbiter bagi penerangan tentang dos and don'ts semasa pertandingan dan ammi pun macam "wowwwww...banyaknya rules yang ammi taktau. Entah anak ammi tau ke tidak", round pertama pun bermula.
Opponent round 1 dia. Strict budak ni. Muka tak ada senyum langsung. Budak chess academy kot...baju pun pakai baju chess je. Dan Ozil kalah dengan dia. Ozil siap dapat kad merah lagi. Ahaksss..ingat main bola je ada kad merah.
Nampak gayanya Ozil pun taktau tentang what are the don'ts in chess. Kita kena belajar sama-sama ni.
Stress muka anak bujang ammi. Round ni dia menang. Sama-sama amatur macam Ozil la kot budak ni.
Dah menang 1 round muka ada senyum. Kalau tak tu lepas 1st round monyok je.
Eh...jumpa pulak classmate dia.
Round ke-3 alhamdulillah menang lagi. Kali ni agak lama fight dia. Banyak meja dah selesai, dan dia tak selesai-selesai lagi. Siap buat 3 promotion lagi.
Set ke 4 hingga 7 hmmmm...beliau kalah disitu. Masa set ke-4 cuma 4 gerakan je dia dah kalah. Terror lawannya tu. So, out of 7 rounds, dia menang 2 kali je.
Berakhirnya round ke 6 maka bermulalah berjejeran airmatanya. Airmata kekecewaan. Ok, silalah nangis. Rupanya diakhir round 7 lagi bertambah kecewa. Nangis lagi. Tapi dia pandai cover linelah masa nangis. Dah bujangkan...takkan nak nangis tak cover-cover, malulah.
Settle nangis ditepi kerusi "jom balik ammi", katanya. Taknak tunggu sessi ambil hadiah bagai. Jomlah...ammi pun dah penat, panas belengas bagai.
Overall dia hanya berada di ranking ke 96 daripada 121 peserta. Perlu banyak latihan (dengan orang yang sepatutnya) agaknya. Yang kat dalam rumah ni semuanya lebih teruk dari amatur. Apa peraturan pun taktau. Ahaksss.
Harap-harap ketua kelab catur tahun 4 di sekolah ni tak mengenal erti kalah. Nanti ammi daftarkan awak ke pertandingan lain ye. Lagi banyak bertanding lagi banyak pengalaman.
Hero filem Tamil memang selalu kalah masa awal-awal.
9 Comments
Go Go Ozil...jangan mudah putus asa..insyaallah minat ada kan...ozil dah buat yang terbaik dah tu..
ReplyDeleteTak apa abaaang, ini bisa dijadikan pengalaman dan pelajaran. Kedepannya Abang jadi tahu dos and donts dalam permainan catur. Dan semoga jadi semakin paham strategi dalam bermain catur
ReplyDeleteYes, kena hantar dia berguru. Nampak dia ada minat & bakat. Main dlm pertandingan tak sama dgn kita main saja² tu. Kena ikut rules otherwise kena penalty & sometimes point pun kena potong. All the best Ozil for future games 💪
ReplyDeleteWaahhh.. bagus Ozil,. Good start bila Ammi masukkan ke pertandingan luar.
ReplyDeleteAcik tau main dam aji je 😁
kena masuk kelas catur proper tu..sure akan cepat pandai!
ReplyDeletePercubaan yang pertama..... moga dijadikan pengalaman dan pelajaran. Banyakkan masuk pertandingan, baru boleh jadi juara.....
ReplyDeletex pe x pe..anggap ni sbg pengalaman..menang kalah adat pertandingan...kalah dulu, nanti2 baru menang pulak...
ReplyDeletePendedahan yang bagus, untuk Ozil.
ReplyDeleteBanyakkan praktis online je. Lawan chess dengan komputer. Macam anak sulung saya dulu, makan sambil lawan chess. Study, lawan chess. Dah tua masuk uitm, dapat wakil, sudah 2 tahun, lawan di Penang, di Melaka. Alhamdulilah. Memang ramai anak-anak muda hebat dalam sukan catur sekarang, ramai yang mula muda, kecil-kecil macam Ozil. Jangan give-up je. Kalah menang, adat bertanding.
Ala sian.. x pe..amik pengalaman dulu. Lama2 sure terror ni..
ReplyDelete