Hari Jumaat lepas selepas sekian lama tak briskwalk marilah kita mulakan semula.  Ammi pun dah lama tak timbang berat sebab bateri penimbang dah habis (ehhhh apa nak sebut bila bateri tak de tu?, bateri habis?).. puas pikir tak jumpa perkataan.

Jadi misi road to 55 ammi walaupun masih diteruskan ammi pun taktau apa progressnya.  Dah hampir 3 bulan tak menimbang.  


Bolehlah daripada takda.  Sakit pulak lutut kiri ammi ni.


Berlecak ketiak


Masa ammi sekolah rendah, bangunan putih ni adalah Perpustakaan Awam.  Aca dulu sebut White House.  Kemudian pernah jadi pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.  Sekarang jadi apa entah.

Dah selesai keluarkan peluh, takkan nak puasa pulak.  Marilah cari sarapan.


Abah makan roti paratha dan keema kambing.  Kuah dal kat tepi tu sedap.  Pekat dan likat dan cukup rasa.


Ambil pilih capathi dan kari kambing.


Kopi C tarik satu.

Total makan pagi tu RM36 hengget.  Hahahhaha...tanjat orang yang nak bayar tu.  Rupanya kari kambing secoet dalam pinggan ammi tu harganya RM10 guyss.  Baiklah.  Lepas ni saya perlu lebih alert dengan kedai yang display harga kecik-kecik ni.