Sebab hari Khamis adalah hari "Throwback Thursday"..jadi marilah kita recap memori tentang kejadian May 2021.

Kita kena beraya tanpa balik kampung kan masa tu.  Kesian.

Ammi pun tak ingat masa tu PKP ke PKPP, apa je PK ntahlah.  Yang pasti tidak boleh merentas negeri.


Hanya bervideo call je dengan arwah mama.

26 Julai 2021 mama pergi tinggalkan kami akibat covid durjana.  Kali terakhir jumpa mama bulan April 2021 itu pun sebab ammi merentas tanpa kebenaran.  Merentas sorang-sorang naik komuter sebab rindu nak jumpa mama, kebetulan alamat dalam IC ammi alamat Seremban.  

Kalaulah tau peristiwa Julai 2021 ni bakal berlaku mungkin lebih kerap ammi merentas tanpa kebenaran.  Tapi itulah ... serba salah bila nak buat sesuatu yang tak sepatutnya dibuat.

Semoga kita semua tidak perlu lagi terperangkap dalam rumah sendiri.

****************************************

Ya Allah, hantarkanlah askar-askarMu membantu saudara kita yang dizalimi di Palestine.